24.4 C
Kuala Lumpur
Rabu, Februari 19, 2025

FB

Wanita turut berjaya kerana #ShopeeSapotLokal

- Advertisement -

Tiga perniagaan #ShopeeSapotLokal diasaskan dan dimiliki wanita — Mamami Shoppe, Racing Passion Moto (RPM), dan BeNourish — mempertunjukkan bagaimana wanita Malaysia boleh pacu perniagaan bermatlamat dan berjaya dalam talian.

Felicia Tan adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Mamami Shoppe, yang telah berada di Shopee selama lima tahun, menjual makanan sihat dan organik.

Felicia mengubah perniagaan keluarganya yang dahulunya beroperasi secara fizikal diketuai ibunya di Pulau Pinang dengan gudang dan pembekal legasi kepada format dalam talian untuk memastikan nilai gaya hidup sihat yang diterapkan ibunya sentiasa diamalkan.

Mengambil 50% pekerja wanita, perniagaan Felicia menyumbang kepada sara hidup sekurang-kurangnya 30 lokal dan lebih 20 pembekal lokal, setiap seorang menyumbang kepada sekurang-kurangnya tiga tanggungan di Selangor (berjumlah sekurang-kurangnya 150 tanggungan isi rumah).

Antara produk terlaris dari Mamami yang memenuhi cita rasa lokal adalah Organic Wave Matcha Overnight Oats dan Vegan Rendang Curry, sekaligus membuktikan kejayaan #ShopeeSapotLokal.

Karen Tee, pemilik Racing Passion Moto (RPM), memperkenalkan kepelbagaian dan keterangkuman wanita dalam industri aksesori automotif dan alat kelengkapan menunggang yang secara tradisionalnya diusahakan oleh lelaki.

Karen bukan sahaja mengambil wanita tanpa pengalaman bekerja atau pendidikan dalam sektor ini yang merupakan suri rumah, ibu dengan tanggungan remaja, tetapi juga membenarkan pekerjanya membawa anak autistik ke tempat kerja. Karen juga mencari peluang untuk mereka bekerja seperti bertugas membungkus produk. Semasa PKP, mereka menyokong komuniti lokal dengan sumbangan barangan keperluan.

Sebagai pelatih sah ShopeeXpert, Karen bermula dengan tiada pengalaman dalam e-dagang kepada penjual Shopee Preferred dalam masa satu tahun. Di Shopee Seller Summit 2023, Karen mengajar lebih 1,200 penjual berasaskan nilai tentang khidmat pelanggan dan kepentingan mempraktikkan nilai kepada pembeli.

BeNourish, yang diedarkan oleh Eelin Lim di platform Shopee juga mirip Mamami Shoppe di mana ia mengetengahkan kesihatan dan imuniti generasi, termasuk rangkaian produk yang memenuhi keperluan kesihatan rakyat Malaysia sama ada yang muda atau tua.

Produk Gummies Imuno dengan Ekstrak Elderberry dengan sijil halal dan tanpa penambahan gula sesuai untuk kanak-kanak Malaysia.

Eelin, penggemar kesihatan, dan ShopeeXpert seperti Karen, bukan sahaja telah mengembangkan perniagaannya kepada lebih 300% sejak bermula perniagaan, tetapi Eelin juga meningkatkan kemahiran penjual Shopee seperti dirinya untuk berjaya.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!