28.6 C
Kuala Lumpur
Khamis, Januari 23, 2025

FB

Pegawai Kerajaan Persekutuan wajib guna batik Malaysia

- Advertisement -

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan satu arahan mewajibkan semua pegawai kerajaan di bawah kerajaan persekutuan mengenakan Batik Malaysia pada setiap hari Khamis.

Arahan tersebut telah dimaklumkan dalam surat pekeliling pada 21 Ogos 2023.

Dalam surat pekeliling itu, pegawai Kerajaan persekutuan juga digalakkan menggunakan Batik Malaysia pada hari bekerja lain.

Penggunaan Batik Malaysia walaubagaimanapun dikedualikan jika pegawai tersebut dibekalkan pakaian seragam, atau perlu menghadiri upacara rasmi dengan kod pakaian tertentu.

Apakah Batik Malaysia

Batik Malaysia merupakan seni kraf hasil kerja tangan sepenuhnya atau sebahagiannya yang mempunyai motif beridentitikan seni dan budaya masyarakat Malaysia melalui proses pembuatan batik dengan menggunakan lilin batik atau bahan serta teknik halangan warna bagi menghasilkan reka corak.

Batik Malaysia terdiri daripada:

  • Batik Lukis
  • Batik Terap
  • Batik Sutera Saring
  • Batik Alternatif

Syarat penggunaan Batik Malaysia oleh Pegawai Kerajaan

Berikut adalah antara syarat yang dikenakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam berkenaan pemakaian Batik Malaysia oleh Pegawai Kerajaan

  • Baju lengan pendek tidak dibenarkan
  • Corak Pua Kumbu (Sarawak) boleh digunakan sebagai motif pada batik Malaysia selagi melalui proses pembatikan
  • Pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya enggan menggunakan Batik Malaysia pada hari ditetapkan.
  • Pegawai yang dibekalkan pakaian seragam atau pakaian rasmi tidak perlu menggunakan baju batik Malaysia.
  • Petugas kesihatan yang memakai lab coat juga dikecualikan daripada mengenakan pakaian batik Malaysia.

Garis panduan pemakaian Batik Malaysia

Penggunaan pakaian bercorak Batik Malaysia adalah selaras dengan Tatacara Pemakaian Pakaian Batik Malaysia di perenggan 4 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 – Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja Dan Menghadiri Upacara Rasmi.

Dalam perenggan tersebut, penetapan penggunaan baju Batik Malaysia Baju kemeja batik Malaysia berlengan panjang, dalam fesyen:-

  • berkolar Baju Melayu cekak Musang berbutang tiga,
  • berkolar Baju Melayu cekak Musang berbutang lima,
  • berkolar Nehru butang terselindung,
  • berkolar Mandarin berbutang tiga.

Pemakaian baju batik Malaysia mesti beserta seluar panjang dengan lengan baju jangan dilipat.

Sekiranya dipadankan dengan kot, baju kemeja batik hendaklah dimasukkan ke dalam (tuck in).

Bagi pegawai wanita, mereka boleh memakai pakaian sedia ada seperti pakaian kebangsaan baju kurung atau kebaya atau pakaian-pakaian kaum masing-masing yang sesuai dipakai semasa bekerja atau semasa menghadiri upacara rasmi selaras dengan peraturan sekarang.

Beli Batik Malaysia

Anda boleh terus membeli Batik Malaysia dengan menggunakan pautan dibawah.

Pekeliling Batik Malaysia

Untuk mendapat lebih maklumat berkenaan arahan ini, anda boleh merujuk pautan-pautan dibawah sebagai rujukan.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!