Tujuan
- Menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang yang mengikuti pengajian di lnstitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau lnstitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Tempatan dalam bidang BUKAN STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).
- Keutamaan adalah diberikan kepada IPTS milik Kerajaan Negeri Sarawak.
Syarat Yayasan Biasiswa Tunku Abdul Rahman
- Anak Jati Sarawak (sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapa adalah orang Sarawak).
- Warganegara Malaysia.
- Memperolehi kepujian / kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM / peperiksaan setaraf dengannya.
- Pelajar ljazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di IPTA atau IPTS Tempatan dalam negara, dengan CGPN / PNGK 3.0 dan ke atas.
- Memperoleh CGPN / PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya / Diploma I Matrikulasi I Asasi dan yang setaraf dengannya.
- Pelajar ljazah Lanjutan (Sarjana, Ph.D & Kepakaran) yang mengikuti pengajian di IPT di dalam dan luar negara.
- Memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang (CGPA / PNGK 3.00 dan ke atas) semasa ljazah Pertama atau Sarjana.
- Mod Pengajian Sepenuh Masa.
- Lulus tapisan senarai pendek dan sesi temuduga.
Bantuan
- Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Amali & Elaun Tesis.
- Tiket Penerbangan pergi dan balik (sekali setahun untuk pengajian dalam negara / sekali sepanjang pengajian luar negara).
Permohonan
- Kerja Kursus & Penyelidikan:
- Permohonan secara dalam talian melalui www.yayasansarawak.org.my.
- Permohonan dibuka sekali setahun melalui iklan dan akan diterbitkan di Laman Sesawang Yayasan Sarawak, Media Sosial Rasmi Yayasan Sarawak dan Surat Khabar Tempatan.
- Pengajian ljazah Pertama : Dalam Negara sahaja.
- Pengajian Sarjana dan Ph.D : Dalam dan Luar Negara.
- Tarikh tutup permohonan adalah 31 Mei 2024
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

