26.1 C
Kuala Lumpur
Isnin, Jun 10, 2024

FB

10,000 sekolah KPM bakal nikmati internet jalur lebar berkapasiti tinggi

- Advertisement -

10,000 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal menikmati capaian internet jalur lebar berkapasiti tinggi bermula Julai 2024.

Laporan BERNAMA menyebut bahawa perkara tersebut diumumkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Laporan sama memetik Fahmi sebagai berkata pakej khas internet ini akan dilaksanakan melalui projek Point of Presence (PoP) yang mana mampu menawarkan capaian internet berkapasiti lebih tinggi pada harga lebih rendah.

Maklumat lebih lanjut berkenaan program ini akan juga diumumkan dalam masa terdekat.

Fahmi juga dilaporkan sebagai berkata bahawa kementeriannya sedang mempertimbangkan keperluan akses poin tambahan di bawah program sama.

Beliau juga memaklumkan buat masa ini 437,000 premis atau bangunan sekolah akan dilengkapi dengan servis infrastuktur internet jalur lebar berkelajuan tinggi.

Program PoP akan juga dilaksanakan dalam dua fasa kelak dengan 630 lokasi dilaksanakan pada fasa pertama dan 3,693 lokasi lain pada fasa kedua.

Pada masa kini, 1,044 daripada 4,360 PoP telah pun siap dipasang.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!