Biasiswa Awam OCBC (OCBC Public Scholarship) 2024 adalah satu jenis bantuan kewangan yang terbuka kepada pelajar yang telah mendapat kemasukan atau layak untuk kemasukan ke pengajian Sarjana Muda Sepenuh Masa Tahun Pertama di semua Universiti Awam dan Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Antara ciri-ciri asas yang dikehendaki oleh bakal pemegang biasiswa OCBC Bank adalah seperti di bawah.
- Mendapat keputusan cemerlang dalam STPM atau Matrikulasi
- Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum.
- Mempunyai sifat kepimpinan.
- Sedang mendaftar untuk kursus Sarjana Muda Sepenuh Masa.
Pelajar tahun pertama dari Universiti Awam / Swasta juga dialu-alukan untuk memohon.
Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa OCBC Bank
Pelajar yang bermint untuk mendapatkan biasiswa OCBC Bank perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak OCBC Bank.
Syarat tersebut adalah seperti di bawah.
- Warganegara Malaysia yang telah mendapat kemasukan (atau layak untuk kemasukan) ke dalam pengajian Sarjana Muda Sepenuh Masa mereka.
- Memegang jawatan kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum, persatuan, dan kelab di Sekolah / Universiti.
- Memiliki personaliti yang dinamik dengan kemahiran komunikasi dan pemikiran kritis yang cemerlang.
- Tidak boleh menjadi penerima biasiswa atau anugerah lain daripada mana-mana organisasi dan / atau institusi lain.
Jumlah bantuan Biasiswa Awam OCBC (OCBC Public Scholarship) 2024
Pelajar yang berjaya mendapat Biasiswa OCBC Bank serta mendapat kemasukan ke Universiti Awam atau Swasta Malaysia yang diiktiraf akan menerima biasiswa bernilai RM15,000 setiap tahun akademik.
Pelajar juga akan diberi peluang untuk menjalankan latihan dengan OCBC Bank untuk mendapatkan pengalaman bekerja secara langsung.
Proses permohonan Biasiswa OCBC Bank
Untuk memohon biasiswa ini, anda perlu melakukan 3 perkara yang melibatkan 3 bahagian seperti di bawah.
- Bahagian 1: Lengkapkan Borang Permohonan Biasiswas OCBS
- Bahagian 2: Sediakan satu karangan 800 patah perkataan
- Bahagian 3: Sediakan salinan dokumen diperlukan dalam bentuk softcopy
Kemudian, anda perlu melaksanakan langkah di bawah.
- Muat turun borang permohonan.
- Siapkan Bahagian 1 – 3 diatas, dan emailkan ke MYScholarship@ocbc.com. Letakkan tajuk email anda sebagai:2024 OCBC Public Scholarship Application – (Nama anda).
- Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.
- Tarikh tutup permohonan adalah 30 Jun 2024.
Maklumat tambahan
- Pemohon tidak perlu diterima masuk ke universiti pada masa permohonan. Walau bagaimanapun, pemohon mesti memberikan surat tawaran universiti pada masa biasiswa diberikan.
- OCBC Bank mengalu-alukan pemohon yang berhasrat atau sedang mengikuti kursus atau bidang pengajian yang berkaitan yang memenuhi keperluan Bank untuk melayakkan diri mendapat biasiswa.
- Pemohon mesti memenuhi syarat minimum PNGK 3.30 setiap semester untuk meneruskan biasiswa.
- Pemohon tidak dibenarkan bertukar kursus pada pertengahan jalan. Mereka dikehendaki membayar balik kepada Bank jika mereka memilih untuk menukar kursus pada pertengahan jalan.
- Pemohon boleh mengambil bahagian dalam program pertukaran pelajar tetapi tertakluk kepada kelulusan. Walau bagaimanapun, kos program pertukaran tidak akan dilindungi sebagai sebahagian daripada biasiswa.
- Pemohon tertakluk untuk mendapatkan pekerjaan di OCBC Bank setelah tamat kursus. Walau bagaimanapun, jika Bank memutuskan sebaliknya, ia akan mengecualikan calon daripada memenuhi keperluan ini.
- Biasiswa ini boleh dipertahankan untuk tempoh minimum yang diperlukan untuk menyelesaikan kursus yang membawa kepada ijazah pertama. Ini tertakluk kepada prestasi akademik yang konsisten dan cemerlang.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghantar email kepada MYScholarship@ocbc.com atau layari laman web rasmi OCBC Bank.