Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah membuat satu kenyataan ringkas bahawa pihak SPP telah menerima permohonan melebihi dua kali ganda jumlah cadangan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara ‘One Off’.
Menurut kenyataan SPP yang dikeluarkan di laman rasmi SPP, permohonan dari lebih 36,000 pemohon itu berlaku sebelum tarikh tamat permohonan pada 21 Julai 2021.
SPP menerangkan pihaknya kini dalam proses menyemak permohonan yang diterima dengan temu duga bagi urusan pengambilan ini dijangka bermula pada hujung bulan Ogos 2021.
“Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah menerima permohonan melebihi dua (2) kali ganda jumlah cadangan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara ‘One Off’ melalui portal mySPP sehingga tarikh tutup pada 21 Julai 2021.” kata SPP dalam hebahan umumnya itu.
“Buat masa ini, SPP sedang dalam proses menyemak permohonan yang diterima, di mana daripada jumlah keseluruhan tersebut terdapat lebih 36 ribu adalah permohonan daripada graduan dan bakal graduan yang memiliki Ijazah atau Diploma dalam bidang Pendidikan.
“Pelaksanaan temu duga bagi urusan pengambilan ini dijangka bermula pada hujung bulan Ogos 2021.” jelas SPP lagi.