KUALA LUMPUR: Sistem Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) yang kini diguna pakai oleh sistem persekolahan negara dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19, dilihat secara tidak langsung mencetuskan isu ‘learning burnout’ atau hilang motivasi untuk belajar dan membaca dalam kalangan pelajar, khususnya murid sekolah rendah.
Isu ini dikhuatiri menyumbang kepada peningkatan kadar ketinggalan dalam pembelajaran yang mana berdasarkan kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke atas kumpulan B40 di kawasan pangsapuri di sekitar ibu negara, didapati enam daripada 10 murid hilang motivasi untuk mengikuti PdPR.
Mengulas perkara itu, pensyarah Pusat Kajian Pendidikan & Kesejahteraan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Anuar Ahmad berkata isu keciciran pembelajaran dan ‘learning burnout’ perlu ditangani segera bagi mengelakkan lebih ramai pelajar tertinggal dalam pelajaran dan seterusnya mewujudkan ‘lost generation’.
‘Lost generation’ merujuk kepada kohort murid yang keciciran pendidikan sehingga menyebabkan tahap pencapaian pendidikan mereka lebih rendah berbanding kumpulan sebelumnya.
Antara punca terjadi ‘lost generation’ ialah kehilangan waktu pembelajaran untuk tempoh yang lama akibat peperangan, bencana alam yang besar atau penularan wabak penyakit berjangkit berpanjangan)
BACA BERITA PENUH DI BHARIAN