27.3 C
Kuala Lumpur
Selasa, Disember 5, 2023

FB

Ulasan: Tetikus ergonomik Logitech

- Advertisement -

Tetikus ergonomik Logitech bukanlah tetikus biasa kerana ianya memiliki bentuk unik yang bertujuan meringankan tekanan pada bahagian bawah pergelangan tangan , sekaligus mengelakkan penyakit atau Sindrom Carpal Tunnel (Carpal Tunnel Syndrome – CTS).

CTS ini boleh berlaku apabila seseorang terlalu banyak menggunakan tetikus yqang berbentuk biasa, sekaligus membuatkan urat di bahagian bawah pergelangan tangan ditekan dalam masa yang lama, sekaligus menyebabkan rasa sakit atau kebas.

Bentuk tetikus ergonomik membantu mengurangkan tekanan pada bahagian pergelangan tangan dan ini sekaligus membantu mengurangkan peluang mendapat CTS.

Kelebihan tetikus ergonomik Logitech

Logitech adalah pakar dalam membuat titikus dan papan kekunci (keyboard).

Oleh itu, tetikus ergonomik yang direka oleh syarikt itu adalah berkualiti tinggi biarpun harganya agak mahal.

Tetikus ergonomic Logitech ini selesa apabila dipegang, dan dirasakan agak berat, sekaligus menambahkan lagi keselesaan pabila ianya digunakan.

Disamping itu, ketepatan cursor digerakkan apabila menggunakan tetikus ini amat tinggi dan hadir juga fungsi – fungsi khas yang membenarkan anda mengubah sensitiviti tetikus serta kegunaan butang – butang yang ada pada tetikus tersebut.

Kekurangan tetikus ergonomik Logitech

Terdapat dua masalah utama titikus jenama Logitech ini.

Masalah pertama adalah disebabkan bentuknya yang unik.  Bentuk unik ini mengakibatkan anda sebagai pengguna perlu membiasakan diri ketika menggunakannya.

Ini memerlukan masa dan kesabaran.

Masalah kedua adalah berkaitan dengan harga tetikus tersebut kerana ianya dikategorikan sebagai antara tetikus yang paling mahal di pasaran.

Harga dan tempat pembelian

Seperti yang saya sebutkan diatas, tetikus ergonomik Logitech ini adalah mahal dan ini sememangnya benar jika dibandingkan dengan tetikut tetikus jenama lain yang juga merupakan tetikus ergonomik.

Sungguhpun demikian, kualiti tetikus jenama Logitech ini terjamin dan ianya tahan lama.

Secara amnya, tetikus ini berharga sekitar RM399.

Tetikus ergonomik Logitech ini hanya boleh dibeli secara dalam talian melalui samada Shopee dan Lazada.

Saya kurang pasti mengapa ini berlaku tetapi ianya tidak diperolehi di pasaran tempatan.

Malah, pembeliannya juga kadang – kadang perlu terus dari negara China.

SEMAK HARGA TETIKUS ERGONOMIK LOGITEK: SHOPEE | LAZADA

Kesimpulan

Biarpun tetikus ini mahal dan perluikan penyesuaian, saya merasakan ianya satu pembelian yang amat berbaloi kerana sakit pada pergelangan tangan akibat CTS dapat dikurangkan.

Jenama Logitech juga bukanlah jenama calang – calang dan kualiti tetikus keluaranya sememangnya terserlah biarpun harganya mahal.

Tambahan pula, tetikus jenama Logitech boleh bertahan lama jadi ianya sebenarnya satu penjimatan untuk menggunakan tetikus berkualiti dan tahan lama jika dibandingkan dengan sentiasa menukar tetikus setiap tiga bulan kerana jenama rambang yang anda guna (sebab lebih murah) rosak.

Selain tetikus ini, anda juga boleh melihat barangan lain yang sesuai untuk melaksanakan PdPR pada artikel ini.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
Tetikus ergonomik Logitech ini merupakan tetikus yang agak mahal jika dibandingkan dengan tetikus lain namun ianya bersebab. Baca ulasan penuh kami di sini.Ulasan: Tetikus ergonomik Logitech
error: Content is protected !!