Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), merupakan salah satu aplikasi atas talian yang diwujudkan oleh kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berfungsi untuk menyimpan maklumat, data, mengemaskini kehadiran pelajar.
APDM KPM telah secara beransur -ansur menggantikan rekod kehadiran (Buku Biru) yang acap kali digunakan pada masa lampau.
Sebagai antara sistem paling utama yang diwujudkan KPM, APDM digunakan oleh semua guru, khususnya guru kelas, untuk pengurusan maklumat pelajar di bawah jagaan mereka.
Login APDM KPM Online
APDM boleh diakses dengan mudah dalam talian. Untuk login ke PADM KPM, anda perlu mengikut langkah dibawah.
- Pergi ke laman sesawang Aplikasi Pangkalan Data Murid: https://apdm.moe.gov.my/
- Di bahagian kiri, terdapat ruangan log masuk seperti kelihatan dalam gambar dibawah. Isi maklumat log masuk seperti ID Pengguna dan Kata Laluan. Maklumat ini boleh diperolehi dari Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah.
- Tekan hantar
Kemaskini maklumat APDM pelajar
Maklumat APDM KPM mesti dikemaskini sentiasa bagi memastikan keesahan serta ketepatan data yang dimasukkan.
Maklumat – maklumat yang perlu dikemaskini sentiasa adalah hal berkaitan waris pelajar, termasuk jumlah pendapatan serta alamat surat menyurat yang terkini pelajar.
Pada hari persekolahan, maklumat keciciran pelajar juga direkod di dalam APDM bagi membolehkan sekolah mengetahui peratus kehadiran pelajar dalam satu – satu tempoh.
Data pelajar yang dimasukkan digunapakai untuk semua hal berkaitan pelajar termasuk bantuan kewangan, pengurusan perpindahan, urusan surat amaran dan pelbagai lagi.
Pekeliling serta dokumen berkaitan APDM
Panduan serta pekeliling berkaitan APDM boleh dimuat turun dan dilihat di pautan di bawah.
- Surat arahan pengemaskinian APDM 2023/2024
- Surat Arahan Pengisian Maklumat Pemulihan Khas Di APDM
- Pengisian Data Pelaporan COVID-19 Bagi Sekolah/Institusi Pendidikan Bawah KPM
- Pengemaskinian Status Ibu/Bapa/Kedua-Dua Ibu Bapa Yang Meninggal Dunia Disebabkan COVID-19
- Surat Pindaan Makluman Pengisian dan Pengemaskinian Maklumat Vaksinasi Murid
- Pengemaskinian Maklumat Bantuan Peranti Komputer
- Surat Pelaksanaan KWAPM-APB
- Surat Kemaskini Maklumat Penjaga Secara Atas Talian
- Pengemaskinian Data Persediaan Pembukaan Semula Sekolah (COVID-19)
- Panduan Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran Murid
- Pengumpulan Dan Perolehan Data Sekolah, Guru Dan Murid
- Pengumpulan Dan Perolehan Data Sekolah, Guru Dan Murid
- Manual Pengguna tagging murid DLP
- Panduan Kemaskini Maklumat Bukan Warga dan Warga Tanpa Dokumen Guru
- Panduan Kemaskini Maklumat Bukan Warga dan Warga Tanpa Dokumen Admin APDM
Comments are closed.