29.3 C
Kuala Lumpur
Isnin, Mei 20, 2024

FB

Sekolah daif di Sarawak sudah diberi perhatian

- Advertisement -

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyatakan bahawa mereka telah menyalurkan peruntukan kepada sekolah daif di Sarawak.

Dalam memenafikan berita berhubung kegagalan pihak KPM dalam menyalurkan peruntukan kepada sekolah daif di Sarawak, Menteri Pendidikan Malaysia Fadhlina Sidek berkata, pihaknya dan kerajaan negeri Sarawak telah berbincang mengenai perkara berkenaan.

Perbincangan tersebut adalah bagi memastikan proses pembaikan sekolah daif dapat dilaksanakan.

Fadhlina turut menyatakan bahawa akan ada lagi pertemuan dengan Kerajaan Sarawak pada masa hadapan, dan pertemuan sebelum ini melibatkan Menteri termasuk Timbalan Pendidikan Sarawak.

Hal sekolah yang serba kekurangan di Sarawak telah dibangkitkan Timbalan Menteri Integriti dan Ombudsman, Datuk Dr. Juanda Jaya, yang mana menagih janji Kerajaan Persekutuan untuk membina sekolah daif di Sarawak.

Juanda yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, telah menyatakan bahawa terdapat tiga sekolah yang amat daif di kawasannya yang perlu dibina baharu.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!