Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Sarawak (SPA Sarawak) kini menawarkan pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa untuk melakukan permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS).
Permohonanan adalah dibuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) atau Universiti Awam.
Tarikh permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak
Tempoh permohonan BKNS dibuka selama dua minggu dari tarikh iklan dikeluarkan.
Syarat umum BPKNS
Berikut adalah syarat – syarat umum bagi permohonan BPKNS:
- Merupakan anak jati Sarawak (lahir di Sarawak)
- Telah mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian di PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA daripada IPTA atau Universiti Awam (Bagi kemasukan baru sesi akan datang atau yang sedang dalam pengajian)
- Terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali PENDIDIKAN atau PERUBATAN
- Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam /Badan Berkanun yang bercuti belajar dan menerima separuh gaji atau bergaji penuh adalah TIDAK LAYAK memohon
Sila ambil maklum bahawa:
- Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK
- Hanya permohonan yang berjaya disenarai pendek akan dipanggil temu duga. Sekiranya anda tidak dihubungi dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh iklan ditutup, permohonan anda adalah dianggap TIDAK BERJAYA
- Keutamaan diberi kepada pelajar daripada kumpulan B40
Cara momohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak
Semua permohonan hendaklah dibuat di atas talian melalui https://escholarship.sarawak.gov.my.
Anda mungkin perlu mendaftarkan Sarawak ID untuk memohon.
Anda boleh melayari https://escholarship.sarawak.gov.my atau www.psc.sarawak.gov.my untuk panduan permohonan.
- LIHAT bantuan kewangan dan biasiswa lain
- MOHON kad kredit dengan hadiah iPad
- MOHON pinjaman peribadi dengan hadiah
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.
Comments are closed.