Biasiswa PETRONAS (PETRONAS Scholarship) 2024 adalah satu jenis bantuan kewangan daripada PETRONAS yang merupakan syarikat pengeluar minyak di Malaysia.
Ianya terbuka kepada rakyat Malaysia yang melanjutkan pelajaran dalam bidang Pra-U dan Ijazah Sarjana Muda di universiti tempatan dan luar negara.
Ianya terbuka kepada pelajar SPM yang layak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan universiti terkemuka tempatan dan luar negara di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, China, Jepun, dan Korea Selatan.
Selain itu, PETRONAS juga membuka peluang penajaan kepada pelajar cemerlang yang telah mendapat tawaran bersyarat / tetap bagi melanjutkan program ijazah atau sedang belajar di universiti-universiti di United Kingdom atau Amerika Syarikat yang diluluskan oleh PETRONAS.
Bidang yang ditaja PETRONAS
Biasiswa PETRONAS (PETRONAS Scholarship) 2024 hanya menaja pelajar dalam bidang tertentu sahaja.
Untuk bidang pra-universiti dan Ijazah Sarjana Muda, penajaan PETRONAS hanya meliputi tiga bidang utama di bawah.
- Kejuruteraan: Mekanikal, Sivil, Kimia, Petroleum, Electrikal & Elektronik, Environmental, Kemampanan
- Sains: Geologi, Geosains, Geomatik, Geofizik, Sains Data
- Komersial: Pengurusan & Bisnes, Pemasaran Digital
Syarat Kelayakan Biasiswa PETRONAS (PETRONAS Scholarship) 2024
Untuk calon lepasan SPM, pemohon Biasiswa PETRONAS mestilah memenuhi syarat-syarat umum berikut:
- SPM tahun semasa
- Program Tempatan: Memperoleh sekurang-kurangnya 8A SPM & CEFR (B1)
- Program Luar Negara: Memperoleh sekurang-kurangnya 4A+ & 4A SPM & CEFR (C1)
- Tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana badan penaja untuk pengajian di peringkat yang sama.
- Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian serta ciri kepimpinan yang tinggi.
Bagi pelajar yang kini sedang mengikuti pengajian di universiti di United Kingdom atau Amerika Syarikat yang diluluskan PETRONAS, syaratnya adalah seperti di bawah.
Syarat umum:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang TIDAK melebihi umur 22 tahun
- Pemohon TIDAK BOLEH mempunyai sebarang bentuk penajaan lain
- Pemohon TIDAK mempunyai kes disiplin atau disekat semasa pengajian
- Pelajar Ijazah:
- Sedang melanjutkan program ijazah di universiti-universiti di United Kingdom atau Amerika Syarikat yang diluluskan oleh PETRONAS
- Keputusan akademik terkini sekurang-kurangnya sama dengan atau setara dengan CGPA 3.70 / Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama
- Baki tahun akademik mesti sekurang-kurangnya satu tahun penuh akademik, atau
- Pelajar Pra-U:
- Mendapat penerimaan bersyarat / tetap untuk program di universiti-universiti di United Kingdom atau Amerika Syarikat yang diluluskan oleh PETRONAS
Cara memohon Biasiswa PETRONAS
Pelajar yang berminat untuk mendapatkan biasiswa Biasiswa PETRONAS boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui laman khas biasiswa PETRONAS.
Calon perlu menekan butang ‘Register’ pada laman tersebut, dan mengisi maklumat yang diminta untuk memohon untuk Biasiswa PETRONAS.
Hanya calon yang memenuhi syarat akan disenarai pendek dan dipilih untuk pemilihan terakhir Biasiswa PETRONAS.
Tarikh Tutup Permohonan Biasiswa PETRONAS 2024
Untuk tahun Biasiswa PETRONAS 2024, permohonan dibuka dari 23 Mei 2024 hingga 2 Jun 2024.
Maklumat tambahan
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi 03–23312277 / 03–2051 2277 dari 9.00AM – 5.00PM (Isnin-Jumaat) atau melayari laman web rasmi PETRONAS.