27 C
Kuala Lumpur
Ahad, Mei 19, 2024

FB

Sarawak ID : Identiti Digital Sarawak

- Advertisement -

Sarawak ID atau SarawakID adalah identifikasi digital pagi memudahkan akses anda ke perkhidmatan kerajaan Sarawak di alam maya/digital.

Penggunaan Sarawak ID membolehkan anda mengakses pelbagai kemudahan yang disediakan kerajaan Sarawak tanpa perlu log masuk dan log keluar pelbagai sistem di bawah berlainan agensi di Sarawak.

Sesiapa sahaja boleh mendaftarkan diri untuk Sarawak ID, baik warga Sarawak, mahupun warga bukan Sarawak.

Cara mendaftar Sarawak ID

Untuk mendaftarkan SarawakID, anda perlu ikuti langkah di bawah.

  1. Pergi ke laman https://sarawakid.sarawak.gov.my.

2. Pilih “Register Now”, dan pilih “Sign up for SarawakID.

3. Kemudian, pilih MyKad (jika anda memiliki MyKad) atau Passport (Jika anda bukan warganegara Malaysia).

4. Pilih SarawakID anda dan pilih “Verify” untuk memastikan ID tersebut boleh digunakan.

5. Jika SarawakID pilihan anda boleh digunakan, isikan Nama anda dan nombor MyKad anda tanpa sengkang.  Langkah sama perlu dibuat jika anda menggunakan maklumat dari Passport anda.

6. Pada ruangan Captcha, tandakan Tik pada ruangan “I’m not a robot”, dan pilih “Next”.

7. Isikan perkataan rahsia pilihan anda dalam “Secret Word”, pilih “Secret Image”, dan masukkan pilihan kata laluan anda dalam ruangan “Password” dan “Re-type Your Password”.

8. Tik ruangan “By creating an account……and Privacy Policy.” dan pilih “Next”

9. Anda akan kemudian dibawa ke ruangan maklumat peribadi. Isikan semua maklumat peribadi sebelum memilih ‘”Save”.

10. Anda kemudian diminta mengemaskini maklumat nombor telefon anda. Maklumat nombor telefon penting untuk mendapatkan OTP anda. Oleh itu gunakan nombor telefon utama anda dan yang kini berada bersama anda.

11. Anda kemudian diminta mengemaskini maklumat email anda. Maklumat email juga penting untuk mendapatkan OTP anda. Oleh itu gunakan email utama anda dan yang boleh diakses oleh anda.

12. Apabila proses verifikasi email anda selesai, anda telahpun berjaya mendaftarkan Sarawak ID dan boleh mula menggunakannya untuk berurusan secara digital dengan Kerajaan Sarawak.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!