24.4 C
Kuala Lumpur
Rabu, Februari 19, 2025

FB

Biasiswa Sarawak Energy (Sarawak Energy scholarship) 2024

- Advertisement -

Biasiswa Sarawak Energy (Sarawak Energy scholarship) adalah satu jenis bantuan kewangan daripada Sarawak Energy, yang merupakan syarikat pembekalan kuasa elektrik di Sarawak.

Ianya terbuka kepada pelajar anak Sarawak yang melanjutkan pelajaran dalam bidang Pra-U, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Phd.

Bidang yang ditaja Sarawak Energy

Biasiswa Sarawak Energy hanya menaja pelajar dalam bidang tertentu sahaja.

Untuk bidang pra-universiti dan Ijazah Sarjana Muda, penajaan Sarawak Energy hanya meliputi empat bidang utama di bawah.

  • Kejuruteraan Elektrik
  • Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Sivil
  • ICT (Kejuruteran Perisian / Sains Komputer / Sistem Informasi)
  • Perakaunan / Kewangan / Perdagangan

Calon dalam bidang kejuruteraan Elektrik, Mekanikal dan Sivil amat digalakkan memohon untuk mendapatkan tajaan daripada Sarawak Energy.

Untuk bidang Sarjana, penajaan Sarawak Energy meliputi bidang di bawah.

  • Kejuruteraan Elektrik
  • Akaun
  • Kewangan

Untuk bidang Phd, penajaan akan hanya ditawarkan sekiranya pemohon membuat penyelidikan dalam bidang perniagaan utama syarikat tersebut.

Syarat Kelayakan Biasiswa Sarawak Energy (Sarawak Energy scholarship) 2024

Untuk memohon Biasiswa Sarawak Energy calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum berikut:

  • Tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana badan penaja untuk pengajian di peringkat yang sama.
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian serta ciri kepimpinan yang tinggi.
  • Tidak ada ahli keluarga yang sedang menerima Biasiswa Sarawak Energy

Selain daripada itu, calon yang memohon tajaan untuk program Pra-U harus menepati syarat tambahan dibawah.

  • Berumur dibawah 21 tahun, dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya 8A di dalam SPM. (Keputusan percubaan SPM juga boleh digunakan untuk memohon.)

Bagi calon yang memohon tajaan untuk Ijazah Sarjana Muda, syarat di bawah perlu dipenuhi.

  • Mesti berumur di bawah 24 tahun pada tarikh permohonan, dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya 8A dalam SPM atau 3.30 CGPA di dalam STPM/Matrikulasi/Diploma/Foundation

Bagi calon yang memohon tajaan untuk bidang Sarjana mahupun Phd, syarat tambahan dibawah ditetapkan.

  • Berumur tidak lebih 30 tahun pada tarikh permohonan
  • Memiliki CGPA tidak kurang 3.30 CGPA dalam Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana
  • Merupakan penuntut sepenuh masa
  • Tidak bekerja atau terikat dengan mana-mana syarikat/badan

Cara memohon Biasiswa Sarawak Energy 2024

Pelajar yang berminat untuk mendapatkan biasiswa Biasiswa Sarawak Energy boleh membuat permohonan secara dalam talian di Uni Enrol.

Calon perlu melengkapkan borang pendaftaran dengan menekan butang ‘Click to Register’ sebelum boleh memohon untuk Biasiswa Sarawak Energy.

Tarikh Tutup Permohonan Biasiswa SEB

Untuk tahun Biasiswa Sarawak Energy 2024, permohonan dibuka dari  1 Mei 2024 hingga 30 Mei 2024.

Hanya calon yang lulus tapisan awal dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga oleh pihak Sarawak Energy.

Maklumat tambahan

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghantar email kepada scholarship@sarawakenergy.com atau layari laman web rasmi Sarawak Energy.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!