30.5 C
Kuala Lumpur
Jumaat, Januari 17, 2025

FB

Keputusan SPM 2023 diumumkan 27 Mei ini

- Advertisement -

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada 27 Mei 2024 (Isnin).

Menurut kenyataan kementerian itu, seramai 395,870 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2023 di 3,340 buah pusat peperiksaan seluruh negara.

Kementerian itu menyatakan bahawa calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM mereka di sekolah masing-masing mulai 10 pagi.

Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos. Calon juga boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri (JPN) tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan untuk keputusan mereka.

Dalam perkembangan sama, KPM menasihati pihak sekolah untuk memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 kepada calon dilaksanakan
secara cekap dan teratur.

Selain menyemak keputusan di sekolah dan di JPN, calon juga boleh menyemak keputusan mereka secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 mulai pukul 10:00 pagi pada 27 Mei 2024 sehingga pukul 6:00 petang pada 02 Jun 2024.

Calon juga boleh mendapatkan keputusan mereka secara sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan menghantar ke 15888.

Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10:00 pagi pada 27 Mei 2024 sehingga pukul 6:00 petang pada 02 Jun 2024.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!