33.3 C
Kuala Lumpur
Khamis, Mei 30, 2024

FB

HONOR bakal perkenalkan empat peranti baharu semasa MAGICal Ria Raya

- Advertisement -

HONOR Malaysia akan memperkenalkan empat peranti baharu di acara MAGICal Ria Raya pada 22 April ini.

Barisan peranti tersebut adalah tablet HONOR Pad 9 5G, komputer riba HONOR MagicBook X 16 dan telefon pintar HONOR X7b 5G.

Ini termasuk jam tangan pintar kesihatan dan kecergasan serba baharu HONOR Band 9.

Versi 5G HONOR Pad 9 adalah sama seperti versi WiFi pada HONOR Pad 9 yang dilancarkan pada bulan lalu.

Ianya hadir dengan RAM 16GB dan storan 256GB dan didatangi bersama pensil pintar HONOR Choice Pencil dan Papan Kekunci Bluetooth Pintar.

Tablet HONOR Pad 9 ini juga menampilkan Paparan Keselesaan Mata 2.5K 12.1 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan nisbah skrin ke badan 88%.

HONOR X7b 5G pula adalah versi 5G bagi telefon pintar yang dilancarkan pada Disember lalu.

Seperti variasi asal, telefon pintar ini menawarkan bateri besar 6,000mAh, Pembesar Suara Dwi Stereo serta Kamera Utama 108MP.

Untuk HONOR MagicBook X 16 dan HONOR Band 9, tidak banyak yang dimaklumkan di dalam kenyataan HONOR selain keduanya adalah peranti baharu yang bakal memberi kelainan kepada penggunanya apabila dilancarkan semasa MAGICal Ria Raya pada 22 April kelak.

Dapatkan peranti HONOR dengan hadiah dan diskaun khas di laman Shopee rasmi HONOR Malaysia.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!