CMF oleh Nothing akan bakal memperkenalkan dua peranti baharu ketika acara Nothing Event: Fresh Eyes.
Menurut Nothing Malaysia, antara peranti yang bakal diperkenalkan adalah CMF Neckband Pro yang merupakan peranti dengan 50dB Hybrid Antice Noise Cancellation (ANC).
Carian dalam talian juga menyatakan bahawa peranti tersebut akan dilengkapi dengan bio-fiber sebesar 12.4mm dan pemacu TPU tersuai yang menyediakan lima microfon dengan pembatalan bunyi AI bagi memberikan bunyi terjelas.
Selain itu, Neckband Pro juga dikatakan bakal hadir dengan teknologi ultra bass yang boleh dilaraskan dengan aplikasi Nothing X.
CMF Buds pula dikatakan akan memberikan ANC terbaik dalam kategori seumpamanya da akan mempunyai pemacu yang sama dengan Neckband Pro, serta teknologi bass yang sama dengan Neckband Pro.
Acara Nothing Events: Fresh Eyes akan dibawakan secara langsung secara secara dalam talian di laman web Nothing pada 7.30PM waktu Malaysia pada 5 Mac 2024.
Sebelum ini saya telah juga membuat ulasan CMF buds Pro di laman PhoneSentral.com bersama juga dengan CMF Watch Pro di laman yang sama.

