30.7 C
Kuala Lumpur
Khamis, Mei 21, 2026

FB

RM474.55 juta untuk tingkatkan modal insan dan pendidikan di Sabah

- Advertisement -

Kerajaan Sabah telah memperuntukkan RM474.55 juta bagi memperkukuh lagi pembangunan modal insan dan meningkatkan tahap pendidikan di negeri itu.

Menurut laporan Astro Awani, peruntukan tersebut telah dimaklumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurut Hajiji, jumlah itu antara lain diperuntukkan bagi pemberian biasiswa dan dermasiswa, pembangunan serta operasi sekolah agama Islam dan masjid, pembangunan badan-badan keagamaan bukan Islam serta sekolah mubaligh.

Hajiji berkata turut diperuntukkan adalah sekolah jenis kebangsaan dan persendirian, operasi perpustakaan termasuk perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak di seluruh Sabah, selain pelaksanaan pelbagai program, latihan dan kursus kemahiran.

  • Lihat sumber berita: Astro
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

Latest Articles

error: Content is protected !!