29.3 C
Kuala Lumpur
Isnin, Mei 20, 2024

FB

Dr Mohd Zahari Ismail kini Ketua Pengarah JPPKK

- Advertisement -

Dr Mohd Zahari Ismail telah diumumkan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang baru oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Pelantikan beliau berkuat kuasa 16 November 2022.

KPT dalam kenyataan berkata, Mohd Zahari, 57, adalah graduan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau turut menerima pendidikan dalam Sijil Pendidikan daripada Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, sebelum menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Sarjana Sains Pentadbiran Perniagaan.

Selepas itu, Dr Mohd Zahari telah melanjutkan pengajian dan berjaya memperoleh Doktor Falsafah Pengurusan (PhD) dari University Of Hull, United Kingdom.

Sebagai pendidik, Mohd Zahari telah berkhidmat sebagai Pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) sejak 13 Julai 2018, dimana beliau menyandang jawatan Pengarah di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) bermula pada 16 Februari 2016 sehingga 12 Julai 2018.

Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Akademik di Politeknik Balik Pulau (PBU) mulai 16 Februari 2010 sehingga 15 Disember 2011.

Dr Mohd Zahari Ismail menggantikan YBrs Ts Zainab Ahmad.

Lihat dan baca maklumat berkaitan berita ini:

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!