27.8 C
Kuala Lumpur
Isnin, Jun 10, 2024

FB

HRMIS: Pengenalan dan panduan mengisi MyPortfolio

- Advertisement -

Artikel ini dibuat untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan untuk mengisi myPortfolio.

myPortfolio merupakan salah satu sub-model dalam HRMIS dan ianya dibangunkan oleh Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Inisiatif ini dijalankan selaras dengan perubahan semasa merangkumi era teknologi digital, ekspektasi rakyat, dominasi golongan millennial dan juga Revolusi Perindustrian Ke-empat.

Tujuan dan objektik myPORTFOLIO

myPortfolio dibangunkan sebagai pendekatan baharu dalam pelaksanaan bidang tugas dan tanggungjawab secara lebih komprehensif dan teratur bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Ianya merupakan dokumen rujukan rasmi yang menghuraikan maklumat pewujudan jawatan, proses kerja dan panduan untuk menjalankan tugas bagi sesuatu jawatan dalam sesebuah organisasi.

Dengan adanya myPortfolio, pegawai awam lebih memahami akauntabiliti dan tanggungjawab masing – masing serta hubungan tugas mereka dengan pegawai lain agar tugas dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Dalam pada itu, Submodul MyPortfolio telah dibangunkan dalam HRMIS dengan objektif berikut:

  • mentransformasikan kaedah pelaksanaan panduan kerja secara manual kepada digital.
  • membentuk proses kerja yang meliputi fungsi pengisian, pengemaskinian, pengesahan, kelulusan, pemantauan, dan pelaporan myPortfolio secara dalam talian,
  • menyediakan antara muka sistem yang mesra pengguna, dinamik dan mudah digunakan.
  • mengguna pakai sepenuhnya infrastruktur dan fasiliti ICT sektor awam melalui integrasi HRMIS.
  • menyokong Profil Sumber Manusia Sektor Awam melalui perkongsian maklumat antara Deskripsi Tugas dengan myPortfolio ke arah pengukuhan pengurusan, pembangunan dan kecekapan sumber manusia sektor awam, dan
  • menyediakan perkhidmatan penyediaan, pengemaskinian dan pelaporan myPortfolio melalui laman sesawang HRMIS.

Komponen myPortfolio

Terdapat 10 komponen myPortfolio. Anda boleh melihat komponen tersebut dalam imej dibawah.

Pekeliling berkaitan myPortfolio

Pelaksanaan myPortfolio disokong oleh pekeliling – pekeliling berikut;

Panduan / Cara mengisi myPortfolio

Jika anda memerlukan panduan untuk mengisi myPortfolio, video dibawah boleh dijadikan panduan, khususnya untuk guru.

Muat turun dokumen pelaksanaan myPortfolio

Dokumen – dokumen dan templat berkenaan pelaksanaan myPortfolio boleh dimuat turun dengan menggunakan pautan dibawah.

myPortfolio Sekolah Rendah

myPortfolio Sekolah Menengah

Anggota Kakitangan Perkhidmatan

Proses Dan Carta Aliran

PENAFIAN: Panduan mengisi myPortfolio ini dibuat secara percuma untuk tujuan pendidikan dan rujukan, dan semua bahan adalah milik mutlak pemiliknya.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

7 COMMENTS

Comments are closed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!