25.3 C
Kuala Lumpur
Rabu, April 29, 2026

FB

HONOR Pad X8 kini hadir di Malaysia pada RM899

- Advertisement -

HONOR telah memperkenalkan tablet terbarunya, HONOR Pad X8 kepada pasaran Malaysia.

Menurut syarikat tersebut, tablet tersebut dibina bagi memberikan kepuasan penggunaan pada harga mampu milik.

Kelebihan HONOR Pad X8

Ianya mempunyai skrin 10.1-inci jenis FHD, dengan nisbah skrin kepada badan sebanyak 80%.

Skrin tablet ini juga mempunyai resousi 1920×1200 pikesel yang disesuaikan dengan 16.7 juta warna, sekaligus memberikan penggunanya pengalaman gambar yang agak menakjubkan.

Kemudahan 4G LTE juga dilengkapkan pada tablet ini dan ini membolehkan penggunanya memasukkan kad SIM dan berkomunikasi secara langsung dengan menggunakan tablet ini.
Selain daripada itu, HONOR Pad X8 juga dilengkapi dengan dua pembesar suara yang mempunyai amplitud yang tinggi, dan sistem bunyi 9.1.

Harga dan maklumat lain

Tablet terbaru HONOR ini hadir di Malaysia dalam satu warna sahaja, yakni Space Grey (kelabu).

Ianya datang dengan kombinasi 4GB RAM dan 64GB ROM, dan disertakan dengan HONOR Pad X8 Flip Cover yang berharga RM99.

Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan HONOR dan tablet terbaru ini melalui pautan dibawah.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

Latest Articles

error: Content is protected !!