26.4 C
Kuala Lumpur
Rabu, Februari 19, 2025

FB

Exabytes WordPress Hosting – Hosting terbaik untuk laman web?

- Advertisement -

Kami telah berpeluang mencuba banyak servis hosting, namun di sini kami nak kongsikan berkenaan Exabytes WordPress Hosting.

Jika anda tidak tahu berkenaan hosting, anda boleh membaca berkenaan asas pembinaan sebuah laman web dahulu.

Jika anda sudah tahu berkenaan pembinaan sebuah laman web, di sini kami terangkan berkenaan pengalaman kami menggunakan Exabytes WordPress hosting.

Apa itu WordPress

WordPress merupakan perisian membuat laman web terbesar dunia kerana ianya mudah dimanipulasi bagi menghasilkan laman web pelbagai jenis.

Kelebihan ini juga menyaksikan perisian ini memerlukan sedikit kepakaran bagi membolehkan ianya digunakan secara optimum.

Penggunaan WordPress secara optimum memerlukan kepakaran dalam pemilihan pemalam (plugins) yang sesuai kerana pemalam inilah yang akan menambah fungsi khas kepada laman web anda kelak.

Kelebihan Exabytes WordPress Hosting

Oleh itu, pakej Exabytes WordPress Hosting adalah berbeza berbanding servis atau pakej lain yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.

Ini adalah kerana pakej Exabytes WordPress Hosting direka khas untuk menyokong perisian WordPress.

Ini menyaksikan pihak Exabytes memasang pemalam – pemalam yang berguna dan sesuai dimana pemalam ini akan membantu menaik taraf dan seterusnya membuatkan laman web anda menjadi lebih baik lagi.

Untuk memastikan tempoh capaian laman web adalah pantas, pemalam seperti LiteSpeed Cache for WordPress (LSCWP) dan storan SSD digunakan oleh Exabytes untuk pakej khas bagi WordPress ini.

Selain daripada itu, pemalam Elemantor juga disertakan dalam pakej ini bagi memudahkan pembinaan laman web.

Turut disertakan dalam Exabytes WordPress Hosting adalah sokongan 24 jam sehari dan sistem ‘back-up‘ setiap hari.

Teknologi dan kelebihan Exabytes WordPress Hosting

Tidak cukup dengan itu, Exabytes juga telah membekalkan sistem keselamatan Security360, Automatic Malware Scan & Websites Fix, 1- Click Hardening, WordPress security scan dan security patch secara percuma dalam pajej hosting ini, dan menyertakan jaminan 100 hari kepuasan hati kepada setiap pakej WP 12 Beginner keatas.

Pakej Exabytes WordPress Hosting

Semua ini dilengkapkan dengan satu senarai keperluan dalam hosting yang cukup sempurna bagi setiap pelanggan.

Kami katakan ‘sempurna’ kerana pakej yang ditawarkan Exabytes ini juga hadir dengan sekurang – kurangnya 30GB storan SSD, SSL percuma, khidmat pengurusan WordPress percuma, Server LiteSpeed berkelajuan tinggi, kebolehan membuka 30 laman web, kebolehan membuka 30 email, Security360 dan ‘back-up’ secara mingguan.

Pakej lain yang ditawarkan boleh dilihat dibawah.

Semua bahan dan perkhidmatan yang ditawarkan diatas datang pada harga permulaan serendah RM9.99 sebulan.

Pengalaman kami bersama Exabytes

Di sini kami bukan suka – suka memuji Exabytes.

Jika anda perhatikan laman web PendidikanMalaysia.my, anda akan tahu bahawa kami menggunakan Exabytes sebagai pilihan hosting kami.

Proses pembelian domain, sehinggakan proses konfigurasi laman web memakan masa tidak lebih 15 minit untuk diselesaikan.

Malahan, apabila pihak kami memasang rekaan laman ini dalam sistem hosting Exabytes, segala urusan dilaksanakan dengan mudah, sehinggakan kami berjaya menyiapkan keseluruhan laman web ini dalam kurang 24 jam.

Carian awal nama PendidikanMalaysia.my

Tempoh 24-jam ini pun disebabkan oleh pendaftaran domain .my kami yang memakan sedikit masa.  Jika kami memilih untuk menggunakan .com, ianya pasti lebih cepat.

Exabytes juga telah mempercepatkan proses pembuatan laman web PendidikanMalaysia.my dengan memasang terus pemalam (plugin) yang diperlukan untuk menggunakan laman web jenis WordPress.

Kami juga gembira apabila Exabytes telah secara percuma membekalkan sijil SSL kepada domain kami.

Bagi yang biasa menggunakan WordPress untuk membina laman web, anda sudah pasti tahu bahawa proses memasang pemalam, serta mendapatkan sijil SSL bagi laman boleh memenambah kos dan memakan sedikit masa.

Oleh itu, perkhidmatan Exabytes memasang pemalam dan memberikan sijil SSL secara percuma amat kami hargai.

Disebabkan pengalaman inilah kami amat berpuas hati dengan khidmat Exabytes setakat ini.

Akhir kata

Pemilihan sebuah hosting adalah amat penting bagi sesebuah laman web.

Jika anda tersilap memilih hosting, ianya ibarat mendapat tuan rumah yang tidak bagus kepada rumah sewa anda.

Dalam pada itu, kami berharap bahawa perkongsian kami di sini berkenaan perkongsian kami dengan Exabytes WordPress Hosting membantu anda.

Jika ada sebarang persoalan, tinggalkan sahaja di ruang komen, atau hubungi kami di Facebook.

Anda boleh juga melihat sendiri pakej – pakej hosting Exabytes jika berminat.

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
Exabytes Wordpesss Hosting merupakan satu servis dan produk dari syarikat hosting yang berpengalaman. Servis yang ditawarkan adalah bagus dan memenuhi keperluan bagi seseorang yang mahu menggunakan Wordpress sebagai asas kepada laman web yang dibina.Exabytes Wordpress Hosting - Hosting terbaik untuk laman web?
error: Content is protected !!