25.8 C
Kuala Lumpur
Rabu, September 22, 2021

FB

Tips asas pembinaan laman web

Apabila anda ingin melakukan pembinaan laman webweb seperti PendidikanMalaysia.my, anda perlu mengetahui beberapa perkara asas.

Di sini, kami terangkan berkenaan perkara asas yang anda perlu tahu untuk membina sebuah laman web, mahupun blog yang berkualiti.

Perlu ada pelan jangka panjang

Sebelum membina sebuah laman web, anda perlulah mempunyai satu pelan.

Pelan tersebut boleh menjadi pelan jangkamasa pendek, mahupun pelan jangkamasa panjang.

Tujuan pelan ini adalah untuk mengetahu tujuan anda membina laman web tersebut, dan memastikan anda tahu jenis laman web yang sesuai anda bangunkan.

Ianya juga akan memberi gambaran jenis belanja yang anda mahu keluarkan dan gunakan untuk pembinaan laman tersebut.

Dapatkan servis hosting

Apabila anda sudah jelas berkenaan perancangan anda, langkah seterusnya adalah untuk mendapatkan satu hosting.

Hosting adalah ibarat rumah sewa di internet, yang mana anda terpaksa menyewakannya daripada penyedia hosting jika mahu membuka sebuah laman web mahupun blog.

Tanpa hosting, anda tidak dapat membuka sebuah laman web.  Di sini terdapat dua jenis servis hosting yang ditawarkan, yakni hosting percuma dan hosting berbayar.

Pilihan hosting percuma

Bagi yang baru berjinak – jinak dengan dunia membuat laman web mahupun blog, anda boleh mencuba hosting percuma seperti blogspot atau WordPress (Ada dua jenis perkhidmatan WordPress, yakni berbayar, dan yang percuma).

Kedua – duanya menyediakan hosting percuma untuk anda belajar selok belok membuat sebuah laman web atau blog.

Jika anda mahu belajar membuka sebuah blog dengan blogspot, anda boleh membaca tutorial berkenaan cara membuat blog yang telah dibuat di pautan ini.

Jika anda mahu membuka sebuah blog dengan menggunakan akaun wordpress, tutorial berkenaan cara membuka blog wordpress juga saya ada sediakan di pautan ini.

Sungguhpun demikian, menggunakan hosting percuma dengan kedua – dua servis diatas hanya sesuai untuk satu laman web jangka pendek dan ianya tidak sesuai untuk laman web profesional atau jangka panjang.

Ini adalah kerana laman hosting percuma mempunyai kekangan yang akan membataskan fungsi dan pengembangan laman web milik anda.

Pilihan hosting berbayar dan kelebihannya

Jika anda serius untuk membuat sebuah laman web yang berkualiti, penggunaan laman hosting berbayar adalah amat digalakkan.

Penggunaan laman hosting berbayar membolehkan anda manipulasi keseluruhan rekaan laman web anda (seperti yang anda nampak pada laman web pendidikanmalaysia.my).

Ini secara langsung membolehkan anda menghasilkan sebuah laman web yang lebih profesional dan berkualiti.

Selain daripada itu, laman hosting berbayar juga menawarkan lebih keselamatan dari segi simpanan fail laman web anda.

Ini sekaligus memastikan laman web yang anda sudah bina secara berhempas pulas akan lebih selamat daripada serangan penggodam mahupun serangan siber.

Ada juga laman hosting menyediakan hosting khas untuk membantu anda menggunakan WordPress berbayar, yang mana akan memudahkan lagi pembinaan sebuah laman web.

Antara servis hosting yang kami cadangkan adalah Exabytes WordPress Hosting yang telah kami ulaskan.

Memilih nama laman anda

Langkah seterusnya adalah mencari nama untuk laman anda.

Nama laman web berkait rapat dengan nama domain anda. Nama domain adalah alamat yang akan digunakan di internet kelak.

Sebaiknya, nama domain tidak harus lebih daripada tiga perkataan.  Ianya juga seharusnya ringkas dan mudah diingati.

Penggunaan Domain Aras Tinggi (TLD) juga digalakkan kerana ianya akan memudahkan carian di internet. Domain kenis TLD adalah yang mempunyai hujung .com, .net, dan .org.

Pembelian domain kemudiannya dilakukan. Jika anda memilih untuk menggunakan Exabytes WordPress Hosting, domain akan dibekalkan secara percuma kepada anda dimana anda cuma perlu memilih domain anda.

Reka laman anda

Rekaan laman web agak rumit dan anda perlu tahu serba sedikit berkenaan penggunaan laman web WordPress (jika anda menggunakan program WordPress).

Bagi saya, WordPress adalah cara termudah untuk menghasilkan sebuah laman web kerana antaramuka laman tersebut akan terus sedia ada sebaik anda memasang perisian tersebut.

Pemasangan aplikasi WordPress perlu dilakukan anda sendiri sekiranya anda melanggan hosting kosong dari syarikat lain.  Jika anda menggunakan Exabytes WordPress hosting, pemasangan WordPress adalah secara automatik.

Bagi yang kurang tahu merekabentuk laman web sendiri, anda boleh menggunakan tema – tema sedia ada dalam WordPress sendiri.

Bagi yang mahukan tema lebih cantik, dan boleh ke ThemeForest untuk membeli tema yang anda suka dan memasangnya pada laman web anda.

Jika anda lebih mahir dalam menggunakan WordPress, anda boleh membina sendiri laman anda mengikut keperluaan anda.

Akhir kata

Membina sebuah laman web adalah agak mudah, namun ianya boleh menjadi sedikit mencabar bagi yang baharu berjinak – jinak dalam membina laman seperti ini.

Oleh itu, adalah penting anda merancang dahulu pembinaan laman web anda.

Diharapkan tips kami ini membantu.

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

246FansLike
66FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -