Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah baru-baru ini mengumumkan pengagihan lesen Penggunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP).
SiPP diagihkan bagi memenuhi keperluan kursus peningkatan kompetensi digital Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah kementeriannya.
Sistem tersebut telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pada 7 Februari 2024, dengan semua PPP dijangka akan memperoleh manfaat daripada SiPP ini bagi tempoh setahun mengikut 3 fasa yang ditetapkan.
Adalah difahamkan bahawa SiPP merupakan satu koleksi e-Pembelajaran yang boleh digunapakai warga KPM untuk memenuhi keperluan peningkatan kompetensi masing-masing.

KPM dalam pada itu telah juga mengumumkan bahawa pengagihan lesen SiPP kepada PPP yang terlibat untuk fasa 1 telah dihantar ke e-mel yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM) bertarikh 8 Februari 2024.
Menurut KPM dalam satu kenyataan di laman sesawngnya, Sistem Pengurusan Pembelajaran juga boleh diakses melalui Modul Individu SPLKPM dan aktiviti pembelajaran dari SiPP akan direkod terus ke dalam e-Pembelajaran SPLKPM.
Sehubung dengan itu, pegawai KPM yang terlibat dengan fasa 1 boleh melihat poster di bawah untuk info lebih lanjut berkenaan tindakan seterusnya.


