24.7 C
Kuala Lumpur
Rabu, Disember 6, 2023

FB

Guru tertekan kerana sekolah tidak ikut pekeliling

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Isu kegiatan kokurikulum tetap diadakan sepanjang sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), boleh dianggap selesai apabila Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui pekeliling bertarikh 25 Jun lalu.

Menerusi pekeliling itu, guru dibenarkan melaksanakan hanya 15 perjumpaan keseluruhan bagi aktiviti kokurikulum sepanjang Januari hingga Disember ini berbanding 36 perjumpaan asal sebelum ini.

Bagaimanapun, tidak semua sekolah mematuhinya. Seorang guru sekolah rendah yang enggan dikenali berkata, beliau sendiri merasa terbeban dengan tindakan pihak sekolah yang memaksa guru melaksanakan aktiviti kokurikulum setiap minggu sepanjang pelaksanaan PKP.

Katanya, surat pekeliling KPM menyebut hanya lima perjumpaan sahaja perlu dilaksanakan bagi setiap kelab/persatuan; pasukan badan beruniform dan sukan/permainan sepanjang Januari hingga Disember berbanding 12 masing-masing, sebelum ini.

Bagaimanapun, sejak awal tahun ini, beliau dan rakan guru di sekolah sama, diarah melaksanakan aktiviti kokurikulum setiap minggu melalui Google Meet sekali gus menambahkan beban guru yang juga perlu melaksanakan PdPR untuk pelajar setiap hari.

Isunya kini katanya, bukan guru tidak mahu melaksanakan aktiviti kokurikulum secara dalam talian tetapi pentadbir sekolah enggan mengikuti pekeliling dikeluarkan KPM.

“KPM sudah maklumkan hanya lima perjumpaan masing-masing bagi persatuan, badan beruniform dan sukan tetapi pihak sekolah menyuruh guru melaksanakan lebih daripada itu.

“Jadi setiap minggu tanpa gagal kami perlu peruntukkan dua jam melalui Google Meet, untuk aktiviti kokurikulum pelajar dan ini tentunya menambahkan beban tugas guru yang perlu memberi keutamaan kepada pelaksanaan PdPR pada masa ini,” katanya.

Menurutnya, kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum kini semakin merosot berbanding ketika ia mula dilaksanakan.

BACA BERITA PENUH DI BHARIAN

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!