24 C
Kuala Lumpur
Sabtu, Januari 18, 2025

FB

HONOR Magic5 Pro dilancarkan dengan kekuatan zoom 100X

- Advertisement -

HONOR telah melancarkan telefon pintar HONOR Magic5 Pro untuk pasaran global pada WMC lepas.

Dengan pelancaran telefon pintar ini, HONOR kini telah melancarkan apa yang dikatakan merupakan telefon terbaik daripada syarikat yang berpangkalan di China itu.

Kelebihan Magic5 Pro

Magic5 Pro dikuasakan dengan Snapdragon® 8 Generasi ke-2 dan menggunakan perisian MagicOS 7.1 yang berasaskan Android 13.

Ianya mempunyai skrin LTPO 6.81-inci dengan bateri yang berkapasiti 5,100mAh.

Kekuatan utama telefon pintar Magic5 Pro ini hadir pada kamera belakangnya yang mana menampilkan sistem tiga kamera dengan zoom sehingga 100x.

Menurut HONOR, sistem kamera Magic5 Pro ini telah diberikan kedudukan pertama dalam ranking kamera telefon pintar DXOMARK, yang mana merupakan satu penanda aras bagi kamera – kamera telefon pintar.

Kami di PendidikaMalaysia.my telah diberi satu unit Magic5 Pro untuk diuji.

Oleh itu, anda boleh menjangkakan satu ulasan satu ulasan lengkap berkenaan telefon pintar ini dalam masa terdekat.

Memperolehi HONOR Magic5 Pro

Dalam pada itu, telefon pintar ini dijangka akan berada dalam pasaran Malaysia tidak lama lagi, namun sehingga masa itu tiba, ianya belum lagi boleh dibeli secara rasmi di negara ini.

Apapun, jika anda mahu melihat kualiti gambar yang dihasilkan HONOR dari masa ke semasa, anda boleh mengikuti akaun @PhoneSentral di Twitter.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!