CelcomDigi Berhad baru – baru ini telah mengumumkan tawaran Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih (Pakej Perpaduan) CelcomDigi sebagai pilihan alternatif buat komuniti sasaran.
Pakej tersebut dibuat bagi menyahut seruan kerajaan kepada syarikat penyedia telekomunikasi agar komuniti sasaran tidak terpinggir daripada teknologi dan dapat sentiasa berhubung dengan perkhidmatan komunikasi yang kini sangat penting.
Cara dapatkan Pakej Perpaduan CelcomDigi
Pakej Perpaduan untuk tempoh terhad ini sudah boleh didapati mulai 28 Februari hingga 31 Disember 2023.
Ianya ditawarkan pada harga RM30, dengan kuota Internet 30GB untuk semua penggunaan dengan kelajuan hingga 3Mbps dan tempoh sah 180 hari.
Golongan sasaran untuk pakej ini adalah golongan belia (12 hingga 30 tahun), komuniti B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran badan beruniform Malaysia .
Sekiranya pelanggan Pakej Perpaduan memerlukan lebih banyak data pada bila-bila masa dalam tempoh enam bulan tersebut, mereka boleh memilih untuk melanggan mana-mana pas Internet aktif Celcom atau Digi dari serendah RM3.
Untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Perpaduan anda boleh melayari pautan dibawah.