29.7 C
Kuala Lumpur
Sabtu, Disember 9, 2023

FB

KPM belum iktiraf UEC

- Advertisement -

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) buat masa ini belum mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC).

Menurut laporan Sinar Harian, pendirian KPM itu adalah selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550].

Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek dilaporkan berkata, KPM tidak melihat pengiktirafan UEC sebagai keutamaan.

Menurut Fadhlina, pendirian KPM itu berlandaskan kepada dasar dan aktar yang disebutkan diatas, yamn mana sentiasa menjadi pegangan KPM.

“KPM hanya menyalurkan peruntukan kepada kategori institusi pendidikan kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.

“Dalam konteks ini, SMPC bukan sebahagian daripada institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 16 Akta 550.

“Oleh yang demikian, KPM tiada obligasi untuk memperuntukkan atau menginstitusikan sebarang sumbangan modal atau sumbangan bantuan penuh kepada SMPC,” katanya dalam jawapan bertulis di sidang Dewan Rakyat.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!