27.3 C
Kuala Lumpur
Isnin, Disember 4, 2023

FB

KPM sedang agih 50,000 komputer riba ke sekolah

- Advertisement -

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini sedang giat membuat agihan 50,000 komputer riba di sekolah seluruh negara.

Komputer riba tersebut diagihkan bagi tujuan pembelajaran buku teks digital.

Laporan Utusan Malaysia memetik Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali sebagai berkata, pengagihan akan dilaksanakan mengikut peruntukan dan formula yang dibincangkan di peringkat kementerian.

Menurut Pkharuddin, sehingga kini lebih 70 peratus buku teks telah dihasilkan dalam bentuk digital bagi membantu pelajar sejak dua tahun lalu.

Dalam perkembangan sama, KPM juga sedang bergerak ke arah melaksanakan Dasar Pendidikan Digital.

Pkharuddin memaklumkan perkara tersebut dalam proses untuk dibawa kepada jemaah menteri dan kelulusan dasar tersebut akan membawa negara ke arah pendidikan bersifat digital sekaligus membolehkan golongan pelajar mendapat sumber pembelajaran lebih menarik dan memberi impak besar terhadap kefahaman mereka.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!