25.5 C
Kuala Lumpur
Khamis, Disember 5, 2024

FB

KPM gesa pegawai pendidikan tidak tolak lantikan Petugas SPR

- Advertisement -

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu pekeliling pada 10 November 2022 telah meminta guru dan pegawai pendidikan yang dilantik sebagai petugas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada pelihanraya akan datang supaya menerima pelantikan tersebut.

Pekeliling itu juga meminta pegawai berkenaan memohon untuk melakukan undi secara pos dan melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan integriti.

Selain itu, pekeliling sama juga menyebut bahawa instsitusi pendidikan yang digunakan sebagai pusat mengundi atau pusat penjumlahan rasmi undi mendapatkan cuti berganti.

Sungguhpun demikian, arahan tersebut hanyalah digunapakai jika hari mengundi jatuh pada hari persekolahan.

“Ketua Jabatan institusi pendidikan yang digunakan sebagai pusat mengundi atau pusat penjumlahan rasmi undi hendaklah memohon cuti berganti kepada Ketua Pendaftar/Pendaftar sekiranya hari mengundi dilaksanakan pada hari persekolahan.” jelas pekeliling itu.

“Cuti berganti yang boleh dimohon adalah untuk hari sebelum mengundi dan hari mengundi.” katanya lagi.

Anda boleh lihat pekeliling lengkap tersebut pada pautan dibawah.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

3 COMMENTS

Comments are closed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!