29.7 C
Kuala Lumpur
Selasa, Mac 18, 2025

FB

Kaedah penggiliran sekolah tidak akan bebankan guru

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan kaedah penggiliran ke sekolah dengan membahagikan kelas kepada dua kumpulan pada pembukaan sekolah mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Ahad ini, tidak akan menambah beban tugas pengajaran guru.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata ini kerana guru hanya perlu mengajar secara bersemuka mengenai silibus sama untuk dua kumpulan murid yang berbeza.

“Kaedah pelaksanaan sistem penggiliran ini satu kelas kita pecahkan kepada dua kumpulan, minggu pertama kumpulan A datang ke sekolah akan belajar secara bersemuka dengan guru, dan minggu seterusnya kumpulan ini akan belajar di rumah dan perkara yang mereka perlu buat adalah melakukan tugasan seperti aktiviti, buku teks termasuk pembelajaran melalui YouTube yang diberikan guru.

“Sistem ini tidak akan menambah beban tugas guru, sebab guru memang sudah buat persediaan dan rancangan mengajar, mereka hanya kongsi perkara ini dengan murid untuk buat persediaan di rumah dan apabila murid datang semula ke sekolah, guru akan tengok topik mana yang murid tidak faham dan guru akan bantu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Inklusif: Pengoperasian Sekolah Secara Selamat dan Kondusif yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.

Radzi berkata, kumpulan B akan hadir ke sekolah pada minggu berikutnya untuk mengikuti sesi pembelajaran bersemuka.

BACA BERITA PENUH DI BHARIAN

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

1 COMMENT

Comments are closed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!