27.3 C
Kuala Lumpur
Selasa, Disember 5, 2023

FB

Kakitangan sekolah termasuk guru perlu diberi vaksin sebelum 27 Julai

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Semua guru dan kakitangan sekolah perlu diberi suntikan vaksin dalam tempoh pelaksanaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan cuti pertengahan penggal bermula 13 Jun hingga 27 Julai.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik berkata, pemberian vaksin itu perlu sebelum sesi persekolahan bersemuka bermula.

“Secara dasarnya saya bersetuju sesi pembelajaran secara PdPR diteruskan kerana kes Covid-19 yang masih tinggi dan majoriti guru serta kakitangan sekolah belum menerima suntikan vaksin.

“Kedua-dua keadaan ini boleh mendedahkan guru dan murid kepada kadar kebolehjangkitan virus yang lebih tinggi jika mereka kembali ke sekolah,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Bekas Menteri Pendidikan itu turut menyokong kenyataan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) pada Isnin yang memohon PdPR diutamakan.

Baca berita penuh di Sinar Harian atau dapatkan laptop murah di Shopee.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!