34 C
Kuala Lumpur
Rabu, Julai 15, 2026

FB

Keputusan Program Matrikulasi KPM

- Advertisement -

Pelajar yang memohon untuk memasuki matrikulasi kini boleh menyemak keputusan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai hari ini.

Keputusan ini adalah untuk ambilan sesi 2023/2024 bagi program tersebut.

Menurut KPM, keputusan Program Matrikulasi KPM itu boleh diperolehi dengan melayari laman https://matrikulasi.moe.gov.my mulai jam 2PM, pada 26 Jun 2023.

Pelajar yang gagal ke matrikulasi boleh membuat rayuan mulai 26 Jun hingga 7 Julai 2023 melalui laman sama.

Bagi yang memerlukan bantuan atau mempunyai persoalan, kaunter pertanyaan dibuka di Lobi Blok E15 di Kompleks E, Putrajaya pada 26-27 Jun 2023, dan 3-7 Julai 2023.

Program matrikulasi KPM adalah program setahun yang mana memberi pelajar jalan lebih mudah untuk ke menara gading

Ianya dijalankan di kolej-kolej matrikulasi di seluruh negara.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

Latest Articles

error: Content is protected !!