27.3 C
Kuala Lumpur
Selasa, Disember 5, 2023

FB

KPM dan MOSTI bekerjasama demi STEM

- Advertisement -

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dan Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan kerjasama bagi mengukuhkan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) di negara ini.

Selaras dengan kerjasama itu, kedua-dua kementerian sedang meneliti penubuhan sebuah jawatankuasa atau pasukan khas yang akan menyelaraskan STEM di Malaysia.

Menurut laporan Kosmo!, Mosti kini turut menggerakkan inisiatif Ruang Daya Cipta (RDC) di daerah terpilih di seluruh negara.

Usaha Mosti ini telah menjangkau 15,000 penduduk luar bandar, dan ianya dibuat unuk menggalakkan penglibatan orang awam khususnya pelajar-pelajar sekolah dalam bidang berkenaan.

Adalah difahamkan sebanyak 10 buah RDC telah dibangunkan dengan Mosti mensasarkan sebanyak 10 buah RDC lagi akan dibangunkan pada tahun 2023.

RDC yang dibangunkan dilengkapi dengan kemudahan seperti makmal reka bentuk, makmal komputer, sudut inovasi, studio digital dan ruang latihan yang boleh digunakan secara percuma.

Selain daripada cadangan mewujudkan satu jawatankuasa penyelarasan STEM, serta menggerakkan inisiatif RDC dengan lebih rancak lagi, Mosti juga akan terus mempromosikan STEM di kalangan pelajar dengan pelaksanaan National Science Challenge (NSC) yang merupakan pertandingan sains kebangsaan bagi pelajar tingkatan 1 hingga 4 (13 hingga 16 tahun).

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!