24.7 C
Kuala Lumpur
Selasa, Disember 3, 2024

FB

KPM janji lunaskan bayaran pemeriksa SPM 2022 sebelum hujung Julai 2023

- Advertisement -

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berjanji akan menyelesaikan bayaran pemeriksa SPM 2022 dalam masa terdekat.

Bayaran yang belum langsai dibayar melibatkan Tuntutan Ikhtisas (IKH) dan Tuntutan Perjalanan (TNT) bagi petugas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Menurut KPM, bayaran untuk sembilan negeri sudah selesai sepenuhnya, dan yang lain akan dilunaskan sebelum 31 Julai 2023.

TV3 melaporkan pembayaran IKH bagi pemeriksa sudah selesai 98.6 peratus selesai, manakala 26.2 peratus tuntutan TNT juga selesai dibayar.

Laporan TV3 juga turut menyebut bahawa seramai 131,318 petugas dan 29,421 pemeriksa peperiksaan terbabit dalam SPM 2022.

Dalam perkembangan sama, KPM menjelaskan bahawa pembayaran IKH dan TBT boleh lewat sekiranya tuntutan yang dikemukakan oleh petugas peperiksaan tidak tepat dan dokumen tidak lengkap.

Dalam pada itu, KPM juga menjelaskan Lembaga Peperiksaan juga kini sedang memantau prestasi pembayaran tuntutan oleh JPN yang dikemas kini setiap hari agar bayaran pemeriksa SPM boleh diselesaikan sebelum 31 Julai ini.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

1 COMMENT

Comments are closed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!