Apabila memilih processor jenama Intel, anda perlu memahami penamaan processor Intel.
Ini akan membolehkan anda membuat pemilihan processor yang lebih tepat dan bersesuaian dengan sistem ciptaan anda.
Secara asasnya Intel membahagikan processornya kepada tiga jenis utama yakni Intel Core, yang meliputi variasi Intel Core i3, Intel Core i5, Intel Core i7 dan intel iCore 9, dan Intel Pentium (variasi Intel Pentium Gold dan Intel Pentium Silver) dan Intel Celeron yang merupakan prosessor bagi komputer asas atau berkuasa rendah.
Intel Core
Intel Core merupakan processor yang berkeupayaan membawa prestasi jauh lebih baik berbanding intel Pentium dan Intel Celeron.
Ianya biasanya dinamakan seperti : Intel Core i5-1135G7
Perkataan “Intel Core i5” secara jelas merujuk kepada variasi processor tersebut, yakni Intel Core-i5, manakala dua digit awal pada nombor selepas itu merujuk kepada generasi processor tersebut.
Dalam kes “Intel Core i5-1135G7, nombor 1135 bermaksud processor ini adalah processor generasi ke-11. Nombor – nombor selepas dua digit pertama adalah nombor SKU atau nombor produk yang tidak membawa banyak makna kepada pengguna kerana ianya lebih kepada label di pihak pembuat.
Akhirnya, huruf di akhir processor pula mempunyai maksud tersendiri, seperti yang anda lihat dibawah.
-
- Kod G1-G7 : Processor dengan teknologi pemproses grafik (processors with new integrated graphics technology only)
- Kod E : Tertanam (Embeded)
- Kod F : Perlukan grafik khas (Requires discrete graphics)
- Kod G : Termasuk grafik khas (Includes discrete graphics)
- Kod H : Direka khas untuk alat mudah alih (High performance optimized for mobile)
- Kod HK : Direka khas untuk alat mudah alih, Dibuka (High performance optimized for mobile, unlocked)
- Kod HQ Direka khas untuk alat mudah alih, Empat core (High performance optimized for mobile, quad core)
- Kod K : Dibuka (unlocked)
- Kod S : Edisi Khas (Special Edition)
- Kod T : Direka untuk menjimatkan tenaga (Power-optimized lifestyle)
- Kod U : Mudah alih dengan peggunakan tenaga efisyen (Mobile power efficient)
- Kod Y : Mudah alih dengan penggunaan tenaga sangat rendah (Mobile extremely low power)
- Kod X/XE : Dibuka, Berkuasa (Unlocked, High End)
- Kod B : Susunan grid bebola (Ball Grid Array (BGA))
Intel Pentium
Sistem penamaan bagi Intel Pentium Silver termasuk penggunaan huruf awalan yang memberi maksud seperti Intel Core, disusuli dengan empat digi SKU. Intel Pentium Gold tidak mempunyai huruf dan terus dengan penamaannya terus menggunakan SKU. Nombor yang lebih besar pada umumnya menunjukkan processor yang lebih baik dari pelbagai segi.
Intel Celeron
Sistem penamaan bagi Intel Celeron terbahagi kepada dua yakni yang menggunakan tiga digit SKU dan yang mempunyai huruf awalan dan disertai oleh empat digit SKU. Seperti processor Intel Pentium, nombor yang lebih besar pada umumnya menunjukkan processor yang lebih baik dari pelbagai segi.
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.
Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.