Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi 2020.
Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin menyatakan bahawa pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid.
Ini adalah kerana penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah lain.
KPM juga akan memperkenalkan satu kaedah lain bagi pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).
“Pembatalan PT3 tidak akan menjejaskan penilaian tahap penguasaan murid di peringkat menengah rendah.
“Satu kaedah baharu akan diperkenalkan. Keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik.
“KPM akan memastikan dalam apa jua keadaan pun, akses murid kepada Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) tetap diberikan keutamaan.
“Keputusan ini akan terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.
“Sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM juga disarankan untuk turut mengikuti keputusan ini,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya hari ini.
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.