26.6 C
Kuala Lumpur
Ahad, Mei 19, 2024

FB

SPM, SVM, STAM ditunda pada suku pertama 2021

- Advertisement -

Tarikh bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) akan ditunda kepada suku pertama tahun depan.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin.

Menurut beliau, turut ditunda adalah peperiksaaan untuk calon Sijil Tinggi Persekolahan (STPM).

Untuk calon STPM, tarikh peperiksaan Semester 2 diubah kepada Ogos ini, manakala peperiksaan Semester 3 akan diadakan dalam suku pertama tahun 2021.

Radzi juga mengumumkan bahawa peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga akan diadakan dalam suku pertama tahun depan.

“Menyedari bahawa penundaan tarikh peperiksaan ini akan memberi kesan kepada kemasukan ke peringkat pengajian tinggi, Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk menangguhkan tarikh kemasukan baharu ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi program asasi, matrikulasi dan peringkat diploma sehingga Julai atau Ogos 2021, manakala program ijazah pada September atau Oktober 2021,” katanya pada sidang media hari ini.

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email he***@pe****************.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

Previous article
Next article
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!