24.4 C
Kuala Lumpur
Rabu, Februari 19, 2025

FB

KPM berusaha tangani masalah sekolah tumpang Sabah

- Advertisement -

SANDAKAN: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah sekolah tumpang membabitkan 23 sekolah di Sabah.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata 20 daripada sekolah berkenaan telah mendapat peruntukan RM706 juta untuk pembinaan bangunan sekolah masing-masing, manakala peruntukan bagi tiga sekolah lagi sedang diusahakan.

Beliau berkata Sabah mempunyai lebih banyak sekolah tumpang berbanding lain-lain negeri dan ini menjadi cabaran infrastruktur bagi KPM.

“Pihak kementerian akan memberi tumpuan terhadap pembinaan sekolah yang tidak siap mengikut jadual. Apa yang penting adalah kita pastikan anak-anak kita mendapat kemudahan pendidikan terbaik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Libaran dekat sini hari ini.

BACA BERITA PENUH DI SABAH NEWS TODAY

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!