KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) wajar memperkenalkan subjek integriti dan pencegahan rasuah bermula pada peringkat sekolah rendah.
Setiausaha Agung Parti Bangsa Malaysia (PBM), Nor Hizwan Ahmad, berkata ini memandangkan memupuk kesedaran berhubung gejala rasuah pada peringkat kanak-kanak, lebih mudah berbanding sudah dewasa.
Beliau berkata, sekiranya hanya memfokus sebagai subjek wajib kepada pelajar pengajian tinggi, ia mungkin sudah terlambat.
“Dibimbangi mereka yang berusia lewat remaja atau awal 20-an, sukar untuk menerapkan nilai seperti menolak rasuah dan sekiranya mendapat markah yang cemerlang, ini tidak bermakna mereka akan menghindari dari gejala yang merosakkan ini.
“Ia hanya bermakna bahawa mereka mempunyai pemahaman teori mengenai subjek ini,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.
BACA BERITA PENUH DI BHARIAN
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.
Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.