Kerangka pemdidikan baharu akan dibuat berlandaskan keberkesanan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Menurut laporan BH, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dipetik sebagai berkata bahawa PPPM kini dalam tempoh kritikal bagi melihat keberkesanan dengan ianya kini di gelombang ketiga, yakni penghujung pelan tersebut.
Oleh itu, kesediaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membangunkan kerangka dasar pendidikan baharu negara akan berlandaskan keberkesanan PPPM 2013 – 2025.
Katanya, KPM bersedia mentransformasikan sistem pendidikan negara ke arah lebih baik berpandukan perolehan dari keberkesanan PPPM 2013-2025.
Dalam pada itu, KPM telah mewujudkan satu jawatankuasa khas untuk melihat ke arah kelancaran pelan terbabit.
PPPM 2013-2025 merupakan cetusan ilham, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pelan itu mengandungi lima aspirasi sistem dan enam ciri murid yang akan dicapai dalam tempoh 13 tahun, bermula dari tahun 2013 hingga 2025.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 mempunyai 3 Gelombang, dan 11 Anjakan untuk direalisasikan.
- KETAHUI lebih banyak berkenaan PPPM
- BACA berita lain berkaitan KPM
- BELI bahan tentang PPPM
- LIHAT sumber berita: BH