29.7 C
Kuala Lumpur
Sabtu, Disember 9, 2023

FB

KPM kekurangan guru BM, RBT, BI dan PI

- Advertisement -

Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini menyatakan bahawa mereka kini mengalami masalah kekurangan guru dalam empat mata pelajaran.

Menurut laporan Astro Awani, mata pelajaran terbabit adalah Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Pendidikan Islam.

Kekurangan guru dalam empat mata pelajaran tersebut diakui Ketua Pengarahnya Datuk Pkharuddin Ghazali, yang juga menjelaskan bahawa pihaknya kini sedang mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk membuat pengambilan bagi guru dalam bidang berkenaan.

KPM juga dalam pada itu sedang memperhalusi beberapa kaedah serta cadangan lain yang boleh digunapakai bagi menangani masalah tersebut.

Pkharuddin juga menyatakan bahawa universiti dan Institut Pendidikan Guru (IPG) akan mempertingkatkan lagi pengambilan guru bagi mata pelajaran tersebut bagi mengatasi masalah yang wujud itu.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!