25.4 C
Kuala Lumpur
Sabtu, Disember 9, 2023

FB

Pelajar terkesan banjir tidak perlu berbaju sekolah di Johor

- Advertisement -

Pelajar yang terjejas akibat banjir di Johor tidak perlu memakai pakaian seragam apabila ke sekolah.

Kelonggaran tersebut diberikan bagi pelajar di negeri Johor selama dua bulan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, Norlizah Noh, dipetik akhbar Berita Harian sebagai berkata kelonggaran itu diberi bagi memastikan keluarga terjejas banjir tidak terbeban untuk menggantikan pakaian seragam anak mereka.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) juga sudah diarah untuk menyediakan data pelajar terjejas banjir supaya bantuan bersesuaian dapat disalurkan.

Johor antara negeri teruk dilanda banjir pada kali ini dengan beberapa daerah dilaporkan ditenggelami air.

Semester baharu persekolahan di seluruh negara telah bermula kelmarin di Johor.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!