29.7 C
Kuala Lumpur
Sabtu, Disember 9, 2023

FB

KPM mahu jenama semula Tingkatan 6

- Advertisement -

Kementerian Pendidikan Malaysia berhajat menjenama semula Program Tingkatan 6 kepada Pra-Universiti.

Menurut Menteri Pendidikan Malaysia Fadhlina Sidek, KPM komited terhadap memastikan pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran mempunyai pilihan untuk mengambil STPM.

Beliau berkata penjenamaan semula Tingkatan 6 akan memastikan imej sistem tersebut lebih segar.

Penjenamaan semula itu bukan sahaja akan melibatkan nama sistem tersebut tetapi juga melibatkan gelaran yang digunapakai di dalam sistem tersebut.

Bagi golongan guru yang kini mengajar Tingkatan 6, mereka akan digelar ‘Pensyarah’, manakala ketua program digelar Pengarah.

Sungguhpun demikian, adalah difahamkan perubahan gelaran tersebut tidak membawa sebarang perubahan di dalam gaji guru berkenaan.

Dalam perkembangan sama, KPM juga memngumumkan kini telah memberi pengetua sekolah – sekolah dengan Tingkatan 6 lebih kuasa autonomi dalam pengambilan pelajar.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!