24.4 C
Kuala Lumpur
Rabu, Februari 19, 2025

FB

KPM umum SOP pengoperasian institusi pendidikan 2022

- Advertisement -

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan garis panduan (SOP) pengoperasian institusi pendidikan 2022 bagi semua sekolah, kolej dan institusi dibawah urus tadbirnya.

SOP tersebut melibatkan sekolah rendah awam dan swasta, sekolah menengah awam dan swasta, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru.

Menurut SOP tersebut, pelajar pendidikan khas, Prasekolah, Tahun 1, Tahun 2, Tahun 6 dan pelajat terlibat dengan Rancangan Makanan (RMT) akan dikehandaki turun tanpa penggiliran di peringkat sekolah rendah, manakala pelajar Tahun 3, 4 dan 5 akan turun secara bergilir.

Bagi Sekolah Menengah pula, kadar vaksinasi populasi sekolah atau instsitusi tersebut akan menentukan samada pelajar turun atau tidak ke sekolah secara bergilir dengan KPM menetapkan sekolah yang mempunyai kadar vaksinasi melebihi 90 peratus sahaja dibenarkan beroperasi secara tanpa pengiliran.

Sekolah berasrama penuh walaubagaimanapun akan menyaksikan ianya dipecahkan kepada dua bahagian dengan kelas – kelas Tingkatan 1, 2 dan 3 melaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran dari Rumah (PdPR).

Bagi institusi lain di bawah jagaan KPM, mereka dibenarkan untuk beroperasi tanpa penggiliran seperti biasa seperti yang ditunjukkan dalam jadual dibawah.

Penggal terakhir sekolah dijangka bermula 10 Januari ini selepas ianya ditunda selama seminggu oleh KPM ekoran banjir.

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

5 COMMENTS

Comments are closed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!