Bandaraya Kuching bakal menjadi ‘rumah’ kepada tiang bendera tertinggi di Asia Tenggara pada bulan Disember ini.
Ini berikutan siapnya tiang bendera gergasi berukuran 99m di tebingan Sungai Sarawak.
Buat masa ini, tiang bendera tertinggi di Asia Tenggara merupakan tiang bendera gergasi yang terletak di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Menurut laporan Borneo Post, tiang bendera dengan berat 130 tan itu disahkan akan siap sepenuhnya pada Disember ini oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.
Laporan sama menyebut bahawa ianya akan diletakkan di bawah jagaan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) memandangkan lokasinya yang terletak di bersebelahan Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Tiang bendera gergasi tersebut juga dilaporkan merupakan buah fikiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dengan kos pembinaannya disumbangkan oleh syarikat swasta.
Biarpun belum siap sepenuhnya, tiang bendera yang dibina dengan kos RM30 juta itu telah mulai mengibarkan bendera gergasi Sarawak sejak Julai lagi.
- BELI bendera
- LIHAT berita berkaitan Sarawak
- BACA sumber berita: BP