24.7 C
Kuala Lumpur
Rabu, Januari 22, 2025

FB

Takwin Sekolah 2024 – 2025 diumumkan

- Advertisement -

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini telah mengeluarkan Kalendar Akademik bagi penggal persekolahan 2024 hingga 2025 (Juga dikenali sebagai Takwin Sekolah 2024 – 2025).

Seperti dijanjikan, takwin terbaru ini menyaksikan sesi permulaan penggal persekolahan semakin merapati Januari, bagi membolehkan sekolah kembali ke pembukaan menjelang bulan Januari pada 2026.

Pada penggal 2024, sesi persekolahan akan bermula seawal 10 Mac 2023 di Sekolah Kumpulan A, dengan cuti akhir penggal dijadualkan bermula 17 Januari 2023.

Sekolah Kumpulan B pula akan membuka sekolah sehari lebih lewat seperti biasa.

Penggal kedua persekolahan akan mengambil masa 71 hari, menjadi penggal terpanjang pada kalendar akademik 2024/25.

Takwin Sekolah 2024 – 2025

Cuti Perayaan Sekolah 2024 – 2025

Cuti untuk perayaan-perayaan besar juga turut diberi perhatian dalam kalendar akademik 2024 – 2025 dengan KPM menetapkan 3 hari cuti tambahan untuk Hari Raya, sehingga dua hari hari cuti tambahan untuk Deepavali.

Sekolah di Sarawak mendapat cuti tambahan sehari untuk Deepavali memandangkan Sarawak tidak menetapkan Deepavali sebagai cuti umum.

Cuti bagi perayaan Tahun Baru Cina, Keamatan, dan Gawai tidak diberi pelepasan tambahan kerana ianya berada di dalam tempoh cuti penggal sekolah.

Cuti perayaan yang diberi beberapa pertimbangan serta cuti tambahan boleh dilihat di bawah.

Pengumuman kalendar persekolahan bagi tahun 2024 – 2025 dilihat mampu membantu ibu bapa serta pihak sekolah merancang tahun persekolahan bagi penggal akan datang.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

7 COMMENTS

Comments are closed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!