Disini kami membandingkan HONOR Magic5 Pro vs HONOR Magic5.
Perbandingan ini kami lakukan kerana ramai pilihan diantara kedua – dua telefon itu boleh mengelirukan anda dimana anda mungkin tidak dapat membezakan di antara model yang tiada ‘Pro’ dan ada ‘Pro.
Sesungguhnya, umum tahun bahawa telefon Honor Magic5 Pro adalah telefon terbaik dari HONOR pada ketika ini, namun ianya datang dengan harga ljauh lebih tinggi.
Oleh itu, jika anda tidak memerlukan fungsi-fungsi khas pada telefon Pro tersebut, mengapa bayar lebih?
Berikut merupakan panduan bagi membantu anda memahami kelebihan dan kekuatan HONOR Magic5 Pro dan HONOR Magic 5.
Apakah kelebihan HONOR Magic5 Pro
HONOR Magic5 Pro yang berkuasa ini baru mula dijual di pasaran tempatan dan telah meraih perhatian dunia selepas diiktiraf sebagai Terbaik di Mobile World Congress (MWC) Terbaik 2023 selain turut digelarkan sebagai Flagship Dark Horse.
Pada harga RM4,299, HONOR Magic5 Pro mengetengahkan ciri-ciri hebat bagi memberi pengalaman terbaik dan berbaloi kepada pengguna. Berikut beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai HONOR Magic5 Pro:
1) Pakar Fotografi – Sistem Milisecond Falcon Capture Camera
Antara kehebatan HONOR Magic5 Pro adalah sistem Milisecond Falcon Capture Camera iaitu sistem tiga lensa kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP, lensa ultra lebar 50MP dan lensa periskop telephoto 50MP untuk merakam gambar-gambar menakjubkan di hujung jari.
Lebih menarik, ciri AI Super Night Capture membolehkan pengguna merakam gambar dengan mudah dan pantas. Hasil gambar adalah jelas dan terang meskipun di tempana kurang cahaya. Percayalah, anda pasti menggemari fotografi mudah alih selepas menggunakan kamera HONOR Magic5 Pro.
2) Pemandangan Selesa – Paparan Terang Dinamik Super
Satu lagi ciri utama pada HONOR Magic5 Pro adalah Paparan Terang Dinamik Super, menampilkan paparan lengkung-kuad LTPO 6.81-inci dan kadar segar semula 120Hz untuk pemuka yang lancar ketika skrol dan melayari skrin. Untuk makluman, HONOR Magic5 Pro turut dinobatkan nombor satu dalam DXOMark untuk paparan telefon pintar. DCI-P3 gamut warna menyediakan pelbagai rangkaian warna terang dan seakan sebenar untuk pengalaman pemandangan lebih baik.
Dari segi keselesaan, HONOR memasukkan ciri Paparan Malam Sirkadia yang membantu pengguna tidur dengan lebih baik. Dengan Pemalapan PWN 2160Hz yang mengurangkan kerlipan, mata pengguna tidak berasa letih terutamanya selepa memandang skrin untuk tempoh lama. Oleh itu, HONOR Magic5 Pro pilihan yang tepat untuk dihadiahkan kepada orang tua anda!
3) Bekerja atau Berseronok – Bateri Berketumpatan Tinggi Ultra
HONOR Magic5 Pro juga memiliki Bateri Berketumpatan Tinggi Ultra 5100mAh yang menawarkan jangka hayat bateri lama untuk penggunaan sepanjang hari. Dilengkapi pengecas SuperCharge 66W, bateri mencapai daripada 0% kepada 100% dalam tempoh lebih kurang sejam, cukup untuk anda mengisi masa dengan menikmati minuman petang atau bersiap untuk menghadiri mesyuarat. Dengan bateri tahan lama dan menjimatkan masa mengecas, HONOR Magic5 Pro pilihan terbaik untuk peminat teknologi atau pemain game.
Apakah kelebihan HONOR Magic5
HONOR Magic5 ditawarkan pada harga RM3,499, sesuai bagi mereka yang mencari telefon pintar mampu milik dengan ciri-ciri hebat.
Hampir sama dengan edisi Pro, HONOR Magic5 hadir dengan ciri-ciri dan teknologi yang sesuai untuk pelajar atau graduan yang baru menapak dalam kerjaya. Berikut merupakan ciri-ciri tersedia:
1) Foto Berkualiti Tinggi – Sistem Milisecond Falcon Capture Camera
HONOR Magic5 hadir dengan Sistem Kamera Milisecond Falcon Capture yang terdiri daripada tiga kamera terdiri daripada kamera utama 54MP, kamera ultra lebar 50MP, dan kamera telefoto 32MP. Gambar dihasilkan jelas dengan perincian, warna, dan ketajaman yang mengangumkan. Dengan penstabil imej AI, HDR, dan Mod Malam, gambar-gambar menarik boleh dirakam dalam apa jua keadaan pencahayaan. HONOR Magic5 harus dimiliki pakar fotografi yang mahu mengambil gambar dengan santai.
2) Lebih Ringan, Lebih Nipis, Lebih Baik – Bateri Berketumpatan Tinggi Ultra 5100mAh
HONOR Magic5 turut dilengkapi dengan Bateri Berketumpatan Tinggi Ultra 5100mAh. Peranti ini lebih ringan dan nipis menjadikannya lebih senang untuk digenggam dan dibawa ke mana-mana sahaja. Pengecas SuperCharge 66W membolehkan HONOR Magic5 dicas dengan pantas, senang ketika pengguna perlu menggunakan peranti ini untuk membuat tugasan atau gaming.
3) Ikut Kata Hati Pengguna – Kolaborasi pintar OS MagicOS 7.1
Kolaborasi pintar OS MagicOS 7.1 memberi kemudahan akses dan keselesaan kepada pengguna. Direka untuk memberi pengalaman yang lancar dan intuitif, pengguna boleh mengubah pilihan mengikut kesesuaian peribadi. Turut dikuasakan Snapdragon 8 Gen 2 seperti versi Pro, pemproses ini memberi prestasi lancar untuk pelajar menghasilkan apa jua tugasan yang diberi.
Kesimpulan HONOR Magic5 Pro vs HONOR Magic5
Sesungguhnya, masih sukar untuk memilih telefon pintar mana yang lebih baik.
Sungguhpun demikian, jika anda lebih fokus kepada mengambil gambar, khususnya gambar pada jarak jauh, HONOR Magic5 Pro adalah pilihan yang lebih baik.
Jika bajet menjadi kekangan, namun anda masih mahu mengambil gambar yang berkualiti, HONOR Magic5 adalah pilihan yang sesuai.
Apapun, telefon pintar ini boleh juga diperolehi dengan bayaran ansuran dari syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Digi dan Celcom, dan serta RHB Bank.
- BELI telefon HONOR Magic5 Pro : LAZADA | Shopee
- BELI telefon HONOR Magic5 : LAZADA | Shopee
- BACA ulasan HONOR Magic5 Pro