Maxis telah mengumumkan pelancaran Pelan Maxis 5G untuk semua.
Pelan – pelan baharu ini akan boleh dilanggan mulai hari ini, 16 Ogos 2023.
Pelan yang dinaik taraf itu menawarkan lebih daripada dua kali ganda data untuk 4G dan 5G serta data bonus untuk 5G.
Untuk pelanggan pascabayar Maxis baharu bermula dari RM79 hingga RM199 sebulan, dengan data 4G/5G sehingga 200GB. Selain itu, pelanggan boleh menikmati data bonus 5G sehingga 100GB, panggilan dan SMS tanpa had.
Pelanggan pascabayar Maxis Business akan menikmati semua faedah pelan pascabayar 5G tersebut di atas yang dinaik taraf, serta Data Produktiviti tambahan sehingga 100GB dan penyelesaian pemasaran digital untuk pelan langganan syarikat mereka.
Di samping itu, Maxis Business menawarkan rebat RM10 sebulan sehingga 12 bulan pada mana-mana pelan pascabayar 5G untuk pelanggan baharu dan pelanggan sedia ada yang ingin menaik taraf.
Pascabayar Hotlink baharu dengan 5G boleh didapati pada harga RM70 sebulan dengan 70GB data 4G/5G dan 35GB data 5G bonus.
Pelanggan Prabayar Hotlink akan menikmati pas internet 5G di bawah Pas Hotlink Pantas daripada RM45 sebulan dengan 50GB data + 25GB data 5G bonus atau serendah RM15 seminggu dengan 15GB data + 10GB bonus data 5G.
Selain itu, belia di bawah 24 tahun boleh menikmati pulangan tunai 20% untuk pembelian mana-mana pas internet bulanan.
Pelanggan sedia ada dan baharu Wifi Kediaman Maxis akan menikmati sambungan internet kediaman yang lebih baik di bawah pelan bulanan RM158, dengan kelajuan 4G/5G tanpa had.
Pelan ini termasuk penghala 5G premium untuk kesalinghubungan berkelajuan tinggi untuk memenuhi keperluan berbilang pengguna dan peranti.
Untuk menikmati faedah pelan baru dengan 5G, ini pelanggan Maxis dan Hotlink sedia ada boleh menaik taraf pelan mereka melalui laman web, aplikasi Maxis atau Hotlink, atau melawati pusat Maxis terdekat.