31.8 C
Kuala Lumpur
Khamis, Mei 30, 2024

FB

SMK Matang Jaya beri kesedaran berkenaan Talasemia

- Advertisement -

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Jaya di Kuching baru-baru ini telah menganjurkan satu kempen kesedaran Talasemia melalui aktiviti kayuhan.

Program ‘Jom Kayuh’ itu menyaksikan sebanyak lebih kurang 150 guru, pelajar dan orang awam berkayuh dengan basikal dari perkarangan sekolah ke Masjid Al-Abyad Matang Jaya.

Dalam laluan ke Masjid Al-Abyad, peserta telah mengedarkan risalah serta menerangkan penyakit Talasemia kepada penduduk setempat.

Pelajar dan guru telah juga melawat kedai-kedai berhampiran untuk menyebarkan kesedaran berkenaan penyakit Telesimia kepada masyarakat.

Apabila tiba di Masjid Al-Abyad,aktiviti gotong royong juga turut diadakan dimana pelajar telah juga memberi perkongsian dan kesedaran berkenaan penyakit tersebut kepada orang awam yang ada di persekitaran masjid.

Menurut Penyelaras program berkenaan, Puan Siriya Siset, program ‘Jom Kayuh’ tersebut adalah satu daripada pelbagai acara yang dijalankan sempena kempen NowYouSeeMe 3.0 yang disertai sekolah tersebut.

Program lain yang dianjurkan oleh sekolah tersebut termasuk papan kenyataan kesedaran Talasemia, pertandingan mencipta video di media sosial, ujian Saringan Talasemia, kuiz Talasemia, dan banyak lagi.

Adalah difahamkan, kempen tersebut bukan sahaja melibatkan SMK Matang Jaya, tetapi juga melibatkan 70 buah sekolah lain di seluruh Malaysia.

Untuk Sarawak, SMK Matang Jaya merupakan satu daripada enam sekolah yang terpilih untuk menjalankan program kesedaran Talasemia tersebut pada tahun ini.

Maklumat lanjut berkenaan kempen ini boleh diperolehi dengan melayari laman web rasmi NowYouSeeMe.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!